SURAT YEREMIA 6 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Berhala-Berhala Tidak Berdaya

1Oleh sebab dosa-dosa kamu terhadap Allah, kamu akan diangkut sebagai tawanan ke Babel oleh Raja Nebukadnezar, raja orang Babilonia.

2Kamu akan tinggal di sana bertahun-tahun lamanya sehingga tujuh generasi. Sesudah itu Allah akan menghantar kamu pulang dari Babel dengan selamat.

3Di Babel, kamu akan melihat patung-patung berhala yang dibuat daripada kayu, perak, dan emas yang dipikul di atas bahu dan sangat ditakuti orang yang tidak mengenal Allah.

4Tetapi berhati-hatilah. Jangan sekali-kali tiru orang asing itu dan jangan takut kepada berhala-berhala mereka.

5Sebaliknya, apabila kamu melihat perarakan orang ramai yang menyembah berhala-berhala itu, berkatalah dalam hati, “Hanya Engkau, ya Tuhan, yang patut disembah.”

6Malaikat Allah akan menyertai kamu dan mengawasi kamu.

7Berhala-berhala itu dilapis dengan emas dan perak, dan lidahnya diketam oleh seorang tukang. Tetapi berhala hanya tuhan palsu dan tidak dapat bercakap.

8-9Orang membuat mahkota emas dan menempatkannya di atas kepala berhala-berhala itu seperti untuk seorang gadis yang suka akan perhiasan. Kadang-kadang imam-imam mencuri emas dan perak dari berhala-berhala mereka untuk kepentingan mereka sendiri.

10Bahkan sebahagian daripada emas dan perak itu dihadiahkan mereka kepada pelacur-pelacur di kuil-kuil. Berhala-berhala yang dibuat daripada kayu, perak, dan emas itu didandani dengan pakaian seolah-olah berhala-berhala itu manusia.

11Berhala-berhala itu diselubungi dengan kain ungu tua seperti untuk raja-raja, tetapi tidak mampu membela diri terhadap karat dan rayap.

12Apabila dihamburi debu dalam kuil, muka berhala-berhala harus disapu.

13Berhala-berhala itu memegang tongkat kerajaan seperti penguasa dunia, tetapi tidak dapat membunuh sesiapa pun yang bersalah terhadap berhala-berhala.

14Ada yang diberi keris atau kapak di tangannya, tetapi berhala-berhala tidak dapat membela diri dalam perang atau kalau dirompak. Semua itu membuktikan bahawa berhala-berhala bukan tuhan. Jadi jangan takut kepada berhala.

15-16Berhala-berhala di kuil-kuil mereka seperti mangkuk pecah yang tidak berguna. Mata berhala penuh dengan debu yang mengepul waktu orang masuk.

17Imam-imam melindungi kuil-kuil itu dengan pintu yang diberi palang dan dikunci supaya berhala-berhala itu tidak diambil oleh perompak. Begitulah berhala-berhala itu dikurung seperti tahanan yang dihukum mati kerana bersalah terhadap raja.

18Imam-imam menyalakan lampu lebih banyak untuk berhala-berhala daripada untuk mereka sendiri. Tetapi berhala-berhala itu tidak dapat melihat satu lampu pun.

19Bahagian dalamnya dimakan habis oleh rayap seperti tiang-tiang kayu kuil itu, dan pakaiannya habis dimakan ngengat, tetapi berhala tidak mengetahuinya.

20Muka berhala menjadi hitam kerana asap di kuil.

21Kelawar, burung layang-layang, dan burung-burung lainnya berterbangan di atas berhala. Bahkan kucing duduk di atasnya.

22Semua itu membuktikan bahawa berhala bukan tuhan. Jadi jangan takut kepada berhala.

23Berhala-berhala itu dilapis dengan emas supaya menjadi indah. Tetapi kalau tidak digosok, berhala tidak mengilap. Ketika dituang, berhala tidak merasakan apa-apa.

24Seharga berapa pun berhala dibeli, berhala tetap tidak bernyawa.

25Sesungguhnya berhala tidak berguna bagi manusia kerana tidak dapat berjalan sendiri, melainkan harus diusung. Bahkan orang yang melayani berhala berasa malu

26apabila ada patung berhala yang terjatuh dan harus ditegakkan kembali. Kalau ditaruh di suatu tempat, berhala tidak dapat berpindah. Kalau miring, berhala tidak dapat menegakkan diri dengan sendirinya. Persembahan-persembahan yang diletakkan di hadapan berhala sama dengan persembahan untuk orang mati.

27Apa yang sudah dipersembahkan kepada berhala dijual oleh imam-imamnya dan mereka menggunakan wang tersebut. Begitu juga isteri-isteri mereka mengasingkan sebahagian daripada daging persembahan itu dan tidak membahagikannya kepada orang miskin dan lemah.

28Bahkan wanita-wanita yang sedang datang bulan atau yang baru sahaja melahirkan memegang persembahan itu. Semua itu membuktikan bahawa berhala-berhala itu bukan tuhan. Jadi jangan takut kepada berhala.

29Bagaimanakah berhala disebut tuhan? Para wanita pun diizinkan membawa persembahan kepada berhala-berhala yang dibuat daripada kayu, perak, dan emas itu.

30Para imamnya duduk di dalam kuil dengan pakaian koyak-koyak, kepala, dan janggut dicukur tanpa penutup kepala.

31Mereka melolong dan berteriak di hadapan berhala-berhala mereka seperti dalam perjamuan untuk orang mati.

32Mereka mengambil pakaian berhala-berhala itu dan memberikannya kepada anak isteri mereka.

33Apabila berhala-berhala itu mengalami perlakuan baik atau buruk, berhala tidak dapat membalasnya. Berhala tidak mampu mengangkat seorang menjadi raja atau menurunkan raja dari takhta.

34Kekayaan atau wang tidak dapat diberikan oleh berhala. Kalau orang bernazar kepada berhala tetapi tidak menepatinya, berhala-berhala itu tidak dapat menagihnya.

35Berhala-berhala itu tidak dapat melepaskan seorang pun daripada maut atau membela yang lemah daripada genggaman orang kuat.

36Berhala-berhala itu tidak dapat memberi penglihatan kepada orang buta dan tidak dapat menolong orang dalam kesusahan.

37Berhala-berhala itu tidak dapat mengasihani atau menolong para balu dan yatim piatu.

38Kayu yang berlapis emas dan perak itu seperti batu yang diambil dari pergunungan, dan orang yang mengabdi kepada berhala akan mendapat malu.

39Jadi bagaimanakah orang dapat menganggap atau menyebut berhala-berhala itu tuhan?

Menyembah Berhala ialah Perbuatan yang Bodoh

40Orang Babilonia sendiri menghina berhala-berhala mereka. Kalau ada orang bisu, mereka membawanya kepada patung Bel dan meminta berhala itu supaya memberikannya kebolehan bercakap, seolah-olah Bel dapat mengertinya.

41Mereka itu bodoh dan tidak mengerti sehingga mereka tidak dapat meninggalkan berhala-berhala mereka. berhala yang lapuk, kamu tahu bahawa berhala bukan tuhan. Akhirnya berhala habis dimakan rayap dan menjadi celaan di dalam negeri.

72Jadi lebih baik menjadi orang jujur yang tidak mempunyai berhala-berhala; mereka terlepas daripada penghinaan.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help