1Taurat orang Yahudi bukanlah gambaran lengkap dan sempurna tentang perkara-perkara yang sebenarnya, tetapi hanya bayangan daripada perkara-perkara baik yang akan datang. Tahun demi tahun korban yang sama dipersembahkan. Bagaimanakah Taurat, melalui korban-korban ini dapat menyempurnakan orang yang datang menyembah Allah?
2Jika orang yang menyembah Allah benar-benar telah disucikan daripada dosa, mereka tidak akan berasa bersalah lagi, dan korban tidak perlu dipersembahkan lagi.
3Tetapi nyatanya, korban-korban yang dipersembahkan tahun demi tahun itu mengingatkan orang akan dosa mereka.
4Darah lembu jantan dan darah kambing tidak dapat menghapuskan dosa.
5Itulah sebabnya pada masa Kristus hampir datang ke dunia, Dia berkata kepada Allah,
“Engkau tidak menghendaki korban dan persembahan,
tetapi Engkau sudah menyediakan tubuh bagi-Ku.
6Engkau tidak minta korban untuk menyenangkan hati-Mu,
ataupun korban untuk menghapuskan dosa.
7 sudah disampaikan kepada kita.
27Yes 26.11 Satu-satunya yang masih tinggal bagi kita adalah dengan takut menantikan pengadilan Allah dan api dahsyat yang akan membinasakan orang yang melawan Allah.
28Ul 17.6, 19.15 Seseorang yang tidak mentaati Taurat Musa dihukum mati tanpa kasihan, jika dengan kesaksian dua atau tiga orang saksi, dia terbukti bersalah.
29Kel 24.8 Lebih berat lagi hukuman yang harus dijatuhkan kepada seseorang yang menginjak-injak Anak Allah, yang menganggap hina darah perjanjian Allah yang sudah menyucikan dia daripada dosa, dan yang menista Roh Allah yang mengasihinya!
30Ul 32.35,36 Hal itu demikian kerana kita mengenal Dia yang berfirman, “Aku akan membalas dendam! Aku akan menghukum!” Dia juga berfirman, “Tuhan akan menghakimi umat-Nya.”
31Alangkah ngerinya jika jatuh ke tangan Allah yang hidup!
32Ingatlah keadaan kamu pada masa lampau. Pada masa itu, setelah cahaya Allah menyinari kamu, sering kali kamu menderita, namun kamu tetap berjuang dengan gigih.
33Ada kalanya kamu dihina dan dianiaya di hadapan umum. Ada kalanya juga kamu rela menderita bersama-sama mereka yang diperlakukan demikian.
34Kamu ikut merasakan penderitaan orang yang dipenjarakan. Apabila segala milik kamu dirampas, kamu menanggungnya dengan gembira, kerana kamu tahu bahawa kamu masih mempunyai sesuatu yang lebih baik dan yang akan tahan selama-lamanya.
35Oleh itu, janganlah putus harapan, kerana besar balasannya jika kamu tetap berharap.
36Kamu perlu bersabar supaya dapat melakukan kehendak Allah, dan dengan demikian menerima apa yang dijanjikan-Nya.
37Hal ini demikian, kerana di dalam Alkitab tertulis,
“Hanya sebentar lagi,
lalu Dia yang akan datang itu akan segera tiba;
Dia tidak akan berlambat.
38 Hab 2.3-4 Umat-Ku yang melakukan kehendak-Ku
akan percaya kepada-Ku dan hidup;
tetapi jika ada antara mereka yang tidak lagi percaya kepada-Ku,
Aku tidak berkenan kepadanya.”
39Kita ini bukanlah umat yang tidak lagi percaya kepada Allah, dan bukan umat yang sesat. Sebaliknya, kita beriman dan diselamatkan.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.