HABAKUK 2 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

TUHAN Menjawab Habakuk

1Aku akan naik ke menara pengawal, lalu menunggu apa yang akan difirmankan TUHAN kepadaku dan apa jawapan-Nya bagi sungutanku.

2TUHAN menjawab aku, “Tulislah dengan jelas apa yang Kunyatakan kepadamu, supaya dapat dibaca dengan mudah. Tulislah semuanya pada batu tulis daripada tanah liat.

3 menipu orang. Orang yang tamak itu angkuh dan gelisah. Seperti maut, mereka juga tidak pernah puas. Itulah sebabnya mereka menaklukkan bangsa demi bangsa.

6Penakluk akan dicemuh dan dihina oleh orang yang ditakluk. Mereka akan berkata, “Malanglah kamu kerana mengambil barang yang bukan milik kamu! Berapa lama lagi kamu memperkaya diri dengan memaksa orang yang berhutang kepada kamu untuk membayar hutang?”

7Tetapi tanpa kamu sedari, kamu yang telah menaklukkan orang lain akan berhutang juga dan dipaksa untuk membayar faedah. Musuh akan datang dan menyebabkan kamu gementar ketakutan. Mereka akan merampas harta kamu!

8Kamu telah merampas harta banyak bangsa. Tetapi kini bangsa-bangsa yang terselamat akan merampas harta kamu kerana pembunuhan yang telah kamu lakukan dan kerana kekejaman kamu terhadap penduduk dunia serta kota-kota di dunia.

9Malang menimpa kamu! Kamu memperkaya keluarga kamu dengan apa yang kamu peroleh dengan keganasan. Kamu telah membina rumah yang selamat untuk melindungi keluarga kamu daripada malapetaka.

10Tetapi rancangan kamu itu mempermalukan keluarga kamu; dengan memusnahkan banyak bangsa, kamu mendatangkan kehancuran diri sendiri.

11Bahkan batu-batu tembok pun berteriak menyalahkan kamu dan kasau-kasau menggemakan teriakan itu.

12Malang menimpa kamu kerana kamu mendirikan kota yang berasaskan kejahatan dan membinanya dengan pembunuhan.

13Bangsa-bangsa yang kamu taklukkan menghabiskan tenaga dengan sia-sia; segala sesuatu yang dibina oleh mereka habis dimakan api. TUHAN Yang Maha Kuasa telah melakukan hal ini.

14

18Apakah gunanya berhala? Berhala hanya buatan manusia dan yang kamu dapat daripadanya hanya dusta belaka. Apakah keuntungan yang diperoleh pembuat berhala dengan berhala? Berhala tidak dapat bercakap!

19Malang menimpa kamu kerana kamu berkata kepada sepotong kayu, “Bangunlah!” atau kepada sebuah batu besar, “Bangkitlah!” Dapatkah berhala menyatakan sesuatu kepadamu? Mungkin berhala dilapisi perak dan emas, tetapi berhala itu tidak bernyawa.

20TUHAN ada di dalam Rumah-Nya yang suci; hendaklah setiap orang di bumi berdiam diri di hadirat-Nya.

Blog
About Us
Message
Site Map