1Khabar tentang Holofernes, panglima tinggi Raja Nebukadnezar, sampai kepada penduduk Yudea. Mereka mendengar apa yang telah dilakukannya terhadap bangsa-bangsa lain, dan bagaimana dia menjarah serta menghancurkan semua tempat pemujaan mereka.
2Maka penduduk Yudea itu sangat ketakutan. Mereka cemas memikirkan apa yang mungkin dilakukan Holofernes terhadap Yerusalem dan Rumah Tuhan, Allah mereka.
3Mereka belum lama pulang daripada pembuangan, dan baru sahaja umat Yehuda berkumpul kembali. Lagi pula Rumah Allah berserta perlengkapan dan mazbahnya baru sahaja disucikan semula daripada pencemaran.
4Oleh sebab itu mereka mengirim khabar ke seluruh wilayah Samaria dan ke kota-kota Kona, Bet-Horon, Belmain, Yerikho, Hoba, Aisora, dan Lembah Salem.
5Lalu mereka segera menduduki puncak gunung-gunung yang tinggi dan memperkuat desa-desa di pergunungan. Mereka juga mengumpulkan bekalan makanan sebagai persiapan perang, oleh sebab mereka baru sahaja mengumpulkan hasil dari ladang-ladang mereka.
6Imam Agung Yoyakim, yang pada waktu itu ada di Yerusalem, menulis kepada penduduk kota-kota Betulia dan Betomestaim yang letaknya berhadapan dengan lembah Esdrelon dekat dengan Dotaim.
7Dia menyuruh mereka menduduki semua jalan di pergunungan yang menuju ke Yudea. Di situ lebih mudah menahan serangan, oleh sebab semua jalan masuk itu sempit dan hanya dapat dilalui oleh dua orang sahaja.
8Orang Israel melakukan perintah Imam Agung Yoyakim serta Majlis Kaum Tua-Tua yang berkedudukan di Yerusalem.
Doa Sebelum Berperang9Kemudian orang Israel berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah dan giat berpuasa.
10Semua orang Israel, anak isteri mereka, ternakan mereka, orang upahan dan hamba sahaya mereka, serta orang asing yang tinggal menetap bersama dengan mereka, memakai kain guni tanda bersedih.
11-12Mazbah juga ditutup dengan kain guni. Lalu semua orang laki-laki, wanita, dan anak-anak di Yerusalem meniarap di hadapan Rumah Allah. Mereka menaburi kepala mereka dengan abu dan membentangkan kain guni masing-masing di hadapan Tuhan. Semuanya bersatu dalam doa kepada Allah Israel dan memohon kepada-Nya supaya jangan biarkan anak-anak mereka dirampas, isteri-isteri mereka dibawa pergi, dan kota-kota tanah air mereka dihancurkan. Mereka mohon dengan bersungguh-sungguh supaya bangsa-bangsa yang tidak bertuhan itu tidak dapat bersukaria kerana menghina dan mencemar Rumah Allah. korban sukarela rakyat, dan korban untuk menunaikan nazar. Yl 2.17
15Mereka menaburkan abu di atas serban mereka dan berdoa kepada Tuhan dengan suara nyaring supaya Dia datang menyelamatkan bangsa Israel.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.