FILEMON Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals
Kata PengantarFilemon seorang Kristian terkemuka yang mungkin anggota jemaah di Kolose. Dia memiliki seorang abdi yang bernama Onesimus. Abdi ini melarikan diri daripada tuannya, lalu entah bagaimana telah berkenalan dengan Paulus, yang pada waktu itu di penjara. Dengan bimbingan Paulus, Onesimus menjadi pengikut Kristus. Surat Paulus kepada Filemon memohon supaya Filemon berdamai dengan abdinya, yang ketika itu disuruh pulang oleh Paulus. Paulus meminta Filemon menyambut Onesimus, bukan sahaja sebagai abdi yang sudah diampuni, tetapi juga sebagai seorang saudara Kristian.KandunganPendahuluan 1-3Kasih dan Iman Filemon 4-7Permintaan untuk Onesimus 8-22Penutup 23-25