YEHEZKIEL 43 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

TUHAN Kembali ke Rumah TUHAN

1Lelaki itu membawa aku ke pintu gerbang yang menghadap ke sebelah timur.

2 raja mereka di tempat ini.

8Raja-raja mereka itu telah membina ambang dan tiang pintu istana mereka di samping ambang dan tiang pintu Rumah-Ku, sehingga hanya satu tembok memisahkan mereka daripada Aku. Mereka mencemarkan nama-Ku yang suci dengan segala perbuatan mereka yang menjijikkan. Oleh itu Aku membinasakan mereka kerana Aku sangat murka.

9Sekarang mereka mesti berhenti menyembah berhala dan memindahkan jenazah raja-raja mereka. Jika mereka berbuat demikian Aku akan tinggal di tengah-tengah mereka selama-lamanya.”

10Lalu TUHAN berfirman lagi, “Hai manusia fana, beritahulah umat Israel tentang Rumah-Ku dan suruhlah mereka meneliti rekabentuknya. Permalukan mereka kerana dosa mereka.

11Lalu jika mereka malu akan perbuatan mereka, jelaskanlah pelan Rumah-Ku kepada mereka: rekabentuk, pintu-pintu, bentuk, susunan bangunan, dan segala peraturan serta hukumnya. Tuliskanlah semuanya supaya mereka dapat melihat dan memperhatikan cara mengatur segala sesuatu, dan mentaati semua peraturannya.

12Inilah hukum utama tentang Rumah TUHAN: Seluruh kawasan di sekelilingnya di puncak gunung itu sangat suci.”

Mazbah

13Inilah ukuran mazbah menurut ukuran yang digunakan untuk mengukur Rumah TUHAN. Di sekeliling bahagian bawah mazbah itu ada sebuah parit yang dalamnya 50 sentimeter dan lebarnya 50 sentimeter juga, dengan pinggiran di tepi luarnya setinggi 25 sentimeter.

14Dari parit ke jalur mazbah yang paling bawah, tingginya 1 meter. Bahagian tengah mazbah itu tingginya 2 meter, dan 50 sentimeter lebih sempit daripada lingkar bahagian bawah mazbah. Bahagian ketiga, iaitu puncak mazbah, juga 50 sentimeter lebih sempit daripada lingkar bahagian tengahnya.

15Bahagian ketiga ini tempat untuk membakar korban, dan tingginya 2 meter. Pada keempat-empat sudut mazbah ada bahagian yang menonjol seperti tanduk.

16Puncak mazbah itu berbentuk empat persegi, tiap-tiap sisinya berukuran 6 meter.

17

25Tiap-tiap hari selama tujuh hari, hendaklah engkau mempersembahkan seekor kambing, seekor lembu jantan, dan seekor domba jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa. Semua binatang itu tidak boleh ada cacat.

26Hendaklah para imam menyucikan dan menyiapkan mazbah itu selama tujuh hari.

27 dan korban untuk memohon berkat-Ku, di atas mazbah bagi umat. Barulah Aku berkenan kepada kamu semua. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.”

Blog
About Us
Message
Site Map