2 KORINTUS 11 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Paulus dan Rasul-Rasul Palsu

1Benarkanlah aku bersikap agak bodoh sedikit. Boleh, bukan?

2Aku mengambil berat tentang kamu, seperti Allah pun mengambil berat tentang kamu. Kamu seperti anak dara yang suci yang sudah aku janjikan untuk dikahwinkan dengan seorang sahaja, iaitu Kristus.

3 dan yang ada padaku, aku berjanji bahawa tidak seorang pun di seluruh negeri Akhaya dapat menghapuskan kebanggaanku.

11Adakah aku berkata demikian kerana aku tidak mengasihi kamu? Allah tahu bahawa aku mengasihi kamu!

12Apa yang aku lakukan sekarang akan aku lakukan terus-menerus supaya “rasul-rasul” yang lain itu tidak mempunyai alasan untuk berbangga dan berkata bahawa mereka bekerja seperti kami.

13Mereka rasul palsu. Mereka berdusta tentang kerja mereka dan mereka menyamar seperti rasul Kristus.

14Hal itu tidak menghairankan! Iblis pun dapat menyamar seperti malaikat yang gilang-gemilang.

15Oleh itu, tidaklah menghairankan jika hamba-hamba Iblis menyamar seperti hamba yang melakukan kehendak Allah. Akhirnya mereka akan menerima balasan yang setimpal dengan semua perbuatan mereka.

Penderitaan Paulus sebagai Rasul

16Biarlah aku ulangi hal ini sekali lagi: Janganlah sesiapa pun menganggap aku bodoh. Tetapi jika kamu tetap menganggap aku ini bodoh, benarkanlah aku yang bodoh ini berbangga sedikit.

17Aku tidak mengikut perintah Tuhan apabila aku berbangga seperti ini; aku bersikap seperti orang bodoh.

18Tetapi kerana banyak orang berbangga dengan tujuan duniawi, aku pun mahu berbangga.

19Kamu menganggap diri kamu bijak. Oleh itu, kamu bersabar terhadap orang bodoh!

20Kamu membiarkan mereka memperhamba kamu atau merugikan kamu atau memerangkap kamu atau menghina kamu ataupun menampar kamu.

21Aku malu mengaku bahawa kami tidak berani berbuat demikian.

Jika orang berani membanggakan sesuatu, aku pun berani. (Aku ini bercakap seperti orang bodoh.)

22Adakah mereka orang Ibrani? Aku pun orang Ibrani. Adakah mereka orang Israel? Aku pun orang Israel. Adakah mereka keturunan Abraham? Aku pun keturunan Abraham.

23Kis 16.23 Adakah mereka hamba Kristus? Mungkin kedengarannya aku ini gila, tetapi aku ini hamba yang lebih baik daripada mereka. Aku bekerja lebih keras, aku lebih sering dipenjarakan, aku lebih sering disesah dan aku kerap kali menghadapi maut.

24Ul 25.3 Lima kali aku disesah orang Yahudi dengan pukulan cambuk tiga puluh sembilan kali.

25Kis 16.22, 14.19 Tiga kali aku disesah orang Roma, dan pernah direjam satu kali. Tiga kali aku mengalami nahas kapal karam dan satu kali aku terapung-apung di laut selama dua puluh empat jam.

26Kis 9.23, 14.5 Aku sering berpergian dan dalam perjalanan, aku pernah menghadapi bahaya banjir dan perompak, bahaya daripada orang Yahudi dan bukan Yahudi, bahaya di dalam bandar mahupun di gurun, bahaya di laut, dan bahaya daripada orang yang berpura-pura menjadi pengikut Kristus.

27Aku bekerja mati-matian, kerap kali tidak makan, tidak minum dan tidak tidur, lapar, kesejukan kerana kurang pakaian dan tidak mempunyai tempat tinggal.

28Di samping kesusahan yang lain, setiap hari aku mengkhuatirkan keadaan jemaah di semua tempat.

29Apabila seseorang lemah, aku berasa lemah juga. Apabila seseorang berdosa, aku juga bersedih hati.

30Jika aku mesti berbangga, aku akan berbangga dengan hal-hal yang menunjukkan kelemahanku.

31Allah, Bapa Tuhan Yesus tahu bahawa aku tidak berdusta. Terpujilah nama-Nya selama-lamanya.

32Ketika aku di Damsyik, gabenor yang dilantik oleh Raja Aretas memerintahkan askar-askarnya menjaga pintu kota untuk menangkap aku.

33Kis 9.23-25 Tetapi dengan sebuah keranjang aku dihulurkan ke bawah melalui suatu lubang pada tembok kota. Demikianlah aku menyelamatkan diri daripadanya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help