MAZMUR 95 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Lagu Pujian

1Marilah kita memuji TUHAN,

dan bernyanyi dengan gembira kepada Allah, pelindung dan penyelamat kita!

2Marilah kita menghadap Dia dengan kesyukuran,

dan dengan gembira menyanyikan lagu pujian.

3TUHAN itu Allah yang berkuasa,

raja perkasa yang menguasai semua dewa.

4Dia memerintah seluruh bumi,

gua yang terdalam dan juga gunung yang tertinggi.

5Dia menguasai laut yang dicipta-Nya,

dan juga darat yang dibentuk-Nya.

6Marilah kita bersujud dan menyembah Dia;

marilah kita berlutut di hadapan TUHAN, pencipta kita!

7 Ibr 3.7-11 Dialah Allah kita;

kitalah umat yang dipelihara-Nya,

seperti kawanan domba yang digembalakan-Nya.

Pada hari ini dengarlah firman-Nya,

8 Ibr 3.15, 4.7 “Jangan degil seperti nenek moyang kamu di Meriba,

ketika mereka berada di gurun, di Masa.

9 Kel 17.1-7; Bil 20.2-13 Di sana mereka menguji dan mencuba Aku,

sungguhpun mereka sudah melihat perbuatan-Ku.

10Selama empat puluh tahun Aku muak terhadap mereka;

Aku berfirman, ‘Alangkah derhakanya mereka!

Mereka enggan taat kepada perintah-Ku.’

11 Bil 14.20-23; Ul 1.34-36, 12.9-10; Ibr 4.3, 5 Aku murka lalu bersumpah

bahawa mereka tidak sekali-kali akan masuk ke negeri itu,

tempat Aku memberi mereka rehat.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help