GALATIA 4 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

1Tetapi perlu aku lanjutkan: Selama seorang ahli waris masih kanak-kanak, dia tidak berbeza dengan seorang abdi, meskipun sebenarnya anak itu memiliki segala-galanya.

2Semasa ahli waris itu masih di bawah umur, beberapa orang wali akan menjaga dia dan mewakili dia dalam segala urusannya, sehingga dia mencapai umur yang sudah ditetapkan oleh bapanya.

3Demikian juga dengan kita: selama kita masih belum dewasa, kita pun diperhamba oleh roh-roh yang menguasai dunia ini.

4Tetapi pada saat yang tepat, Allah mengutus Anak-Nya sendiri ke dunia. Anak-Nya itu dilahirkan oleh seorang wanita dan hidup di bawah Taurat.

5Dia diutus untuk membebaskan orang yang hidup di bawah Taurat, supaya kita boleh menjadi anak-anak Allah.

6Kerana kamu anak-anak Allah, Allah menyuruh Roh Anak-Nya masuk ke dalam hati kita. Roh itulah yang menyebabkan kita berseru, “Bapa, ya Bapaku.”

7 kota Yerusalem dengan semua penduduknya yang sekarang ini sudah menjadi abdi.

26Tetapi Yerusalem yang di syurga itu bebas. Yerusalem itu seperti ibu kita.

27Yes 54.1 Di dalam Alkitab tertulis,

“Berbahagialah kamu, hai wanita mandul!

Bersorak-sorailah dan bersukacitalah, hai kamu yang tidak pernah merasakan sakit bersalin!

Wanita yang ditinggalkan suaminya akan mendapat lebih banyak anak

daripada wanita yang hidup dengan suaminya.”

28Saudara-saudaraku, kamu anak-anak Allah yang dilahirkan kerana janji-Nya; sama seperti Ishak.

29Kej 21.9 Pada masa itu, anak yang dilahirkan oleh Hagar menganiaya anak yang dilahirkan kerana janji yang dibuat oleh Roh Allah. Demikian juga sekarang.

30Kej 21.10 Tetapi apakah yang tertulis di dalam Alkitab? Di situ tertulis, “Usirlah abdi wanita itu dengan anak lelakinya, kerana anak daripada abdi wanita itu tidak akan mewarisi harta bapanya bersama-sama anak lelaki daripada wanita bebas itu.”

31Demikianlah, saudara-saudaraku, kita ini bukannya anak daripada abdi wanita, melainkan anak daripada wanita bebas.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help