1 SAMUEL 15 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Perang Melawan Orang Amalek

1

16Mendengar hal itu Samuel berkata, “Tunggu dulu, dengarlah firman TUHAN yang disampaikan-Nya kepada hamba malam tadi.”

“Katakanlah,” jawab Raja Saul.

17Samuel berkata, “Bukankah tuanku sudah menjadi pemimpin semua suku Israel, meskipun tuanku menganggap diri tidak penting? TUHAN sudah memilih tuanku menjadi raja Israel,

18dan Dia sudah memerintah tuanku untuk membunuh orang Amalek yang jahat. Tuanku disuruh-Nya berperang melawan mereka sampai mereka dibunuh semuanya.

19Mengapakah tuanku tidak taat kepada-Nya? Mengapa tuanku bergegas-gegas menjarah harta mereka dan melakukan yang tidak dikehendaki TUHAN?”

20Raja Saul menjawab, “Beta sudah mentaati perintah TUHAN, dan pergi berperang menurut perintah-Nya; Raja Agag, raja Amalek sudah beta tawan dan semua orang Amalek dibunuh.

21Tetapi anak buah beta tidak membunuh semua ternakan; mereka sudah memilih domba dan lembu yang paling gemuk, dan membawa semuanya ke Gilgal untuk dipersembahkan sebagai korban kepada TUHAN, Allah tuan.”

22Samuel berkata, “Manakah yang lebih disukai TUHAN, ketaatan atau persembahan dan korban? Lebih baik taat kepada TUHAN daripada mempersembahkan domba yang paling gemuk kepada-Nya.

23Memberontak terhadap TUHAN sama jahatnya dengan melakukan sihir, dan hati yang sombong sama jahatnya dengan penyembahan berhala. Oleh sebab tuanku menolak perintah TUHAN, TUHAN pun menolak tuanku sebagai raja.”

24Mendengar kata-kata itu Raja Saul bertitah kepada Samuel, “Memang beta sudah berdosa. Beta sudah melanggar perintah TUHAN dan mengabaikan nasihat tuan. Beta takut kepada anak buah beta, lalu beta mengabulkan permintaan mereka.

25Tetapi sekarang beta mohon supaya dosa beta diampunkan, dan kembalilah bersama-sama beta ke Gilgal, supaya beta dapat beribadat kepada TUHAN.”

26Tetapi Samuel menjawab, “Hamba tidak mahu kembali bersama-sama tuanku. Tuanku sudah menolak perintah TUHAN, dan sekarang Dia menolak tuanku sebagai raja Israel.”

27Selepas itu Samuel berpaling hendak pergi, tetapi Raja Saul menahan dia dengan memegang jubahnya, sehingga jubah itu koyak.

28

33Kemudian Samuel berkata, “Seperti pedangmu sudah menyebabkan banyak ibu kehilangan anak, demikian juga ibumu akan kehilangan anaknya.” Lalu Samuel memotong-motong Raja Agag di depan mazbah di Gilgal.

34Kemudian Samuel pulang ke Rama dan Raja Saul pulang ke rumahnya di Gibea.

35Sampai akhir hidupnya, Samuel tidak pernah lagi bertemu dengan Raja Saul; tetapi Samuel sedih kerana TUHAN menyesal telah melantik Raja Saul menjadi raja Israel.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help