KEJADIAN 48 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Yakub Memberkati Efraim dan Manasye

1Beberapa lama kemudian, Yusuf diberitahu bahawa bapanya sakit tenat. Oleh itu dia bersama dengan kedua-dua orang anak lelakinya, Manasye dan Efraim, pergi menziarahi Yakub.

2Apabila Yakub mendengar bahawa Yusuf sudah datang, dia mengumpulkan seluruh tenaganya, lalu duduk di tempat tidur.

3Yakub berkata kepada Yusuf, “Allah Yang Maha Kuasa telah menampakkan diri kepadaku di Lus, di tanah Kanaan, dan Dia memberkati aku.

4

“Semoga Allah yang disembah oleh nenek moyangku Abraham dan Ishak,

memberkati anak-anak ini.

Semoga Allah yang membimbing aku sampai sekarang,

memberkati mereka.

16Semoga malaikat yang sudah melepaskan aku daripada segala bahaya,

memberkati mereka.

Semoga namaku dan nama nenek moyangku,

Abraham dan Ishak tetap hidup

kerana anak-anak ini!

Semoga mereka mempunyai anak cucu dan keturunan yang banyak di bumi ini.”

17Yusuf tidak suka melihat bapanya meletakkan tangan kanannya di atas kepala Efraim, lalu dia memegang tangan bapanya untuk memindahkannya dari atas kepala Efraim ke atas kepala Manasye.

18Dia berkata kepada bapanya, “Jangan begitu, ayah. Inilah anak yang sulung; letakkanlah tangan kanan ayah ke atas kepalanya.”

19Tetapi bapanya membantah dan berkata, “Aku tahu, anakku, aku tahu. Manasye juga akan berkuasa dan keturunannya pun akan menjadi bangsa yang besar. Tetapi adiknya akan lebih berkuasa daripada dia, dan keturunan adiknya akan menjadi bangsa-bangsa yang besar.”

20 Ibr 11.21 Yakub memberkati anak-anak itu pada hari itu, katanya, “Orang Israel akan menyebut nama kamu apabila mereka memberkati orang. Mereka akan berkata, ‘Semoga Allah menjadikan kamu seperti Efraim dan Manasye.’ ” Dengan demikian Yakub mendahulukan Efraim daripada Manasye.

21Selepas itu Yakub berkata kepada Yusuf, “Lihatlah, tidak lama lagi aku akan menghembuskan nafas yang terakhir, tetapi Allah akan menyertai kamu dan membawa kamu kembali ke negeri nenek moyang kamu.

22Aku memberikan Sikhem kepadamu dan bukan kepada saudara-saudaramu; kawasan yang subur yang kurebut daripada orang Amori dengan pedang dan panahku.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help