YOSUA 2 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Yosua Mengirim Pengintip ke Kota Yerikho

1 di hadapan kamu ketika kamu meninggalkan Mesir. Kami juga mendengar bahawa kamu telah membunuh Raja Sihon dan Raja Og, dua orang raja bangsa Amori di sebelah timur Sungai Yordan.

11Kami ketakutan sebaik saja kami mendengar hal itu. Kami sudah hilang keberanian kerana kamu. TUHAN, Allah kamu sesungguhnya Allah yang berkuasa di langit dan di bumi.

12Sekarang bersumpahlah demi TUHAN bahawa kamu akan memperlakukan keluargaku dengan baik sebagaimana aku telah memperlakukan kamu. Berilah aku suatu tanda jaminan supaya aku dapat mempercayai kamu.

13Berjanjilah kepadaku bahawa kamu akan menyelamatkan ibu bapaku dan saudara-saudaraku lelaki dan perempuan, serta semua keluarga mereka. Janganlah biarkan kami dibunuh!”

14Pengintip-pengintip itu berkata kepadanya, “Biarlah Allah membunuh kami jika kami tidak memenuhi janji kami. Jika engkau tidak memberitahu orang tentang kami ini, kami berjanji bahawa apabila TUHAN memberikan negeri ini kepada kami kelak, kami akan memperlakukan kamu dengan baik.”

15Rumah Rahab dibina pada tembok kota. Oleh itu, dengan menggunakan tali dia menurunkan pengintip-pengintip itu ke luar tembok melalui tingkap.

16Rahab berkata, “Pergilah ke kawasan perbukitan supaya kamu tidak dijumpai oleh para utusan raja itu. Bersembunyilah di situ selama tiga hari sehingga para utusan itu kembali. Kemudian teruskanlah perjalanan kamu.”

17Para pengintip itu berkata kepada Rahab, “Kami akan memenuhi janji kami ini menurut permintaanmu.

18Lakukanlah hal ini. Apabila kami menyerang negeri kamu, ikatkanlah tali merah ini pada tingkap tempat kamu menurunkan kami. Kumpulkanlah ibu bapamu, saudara-saudaramu dan semua sanak keluarga bapamu di rumahmu.

19Sesiapa antara mereka yang keluar dari rumah ini, kematiannya bukanlah tanggungjawab kami; itu kesalahannya sendiri. Tetapi jika seseorang yang berada di rumahmu cedera, kamilah yang bertanggungjawab.

20Sebaliknya, jika kamu memberitahu orang tentang kami, bebaslah kami daripada janji kami ini.”

21Rahab menyetujui hal itu lalu menyuruh mereka pergi. Setelah mereka pergi, dia mengikat tali merah itu pada tingkapnya.

22Pengintip-pengintip itu pergi ke kawasan perbukitan dan bersembunyi di sana. Para utusan raja mencari mereka di seluruh kawasan luar kota selama tiga hari, tetapi tidak menjumpai mereka. Oleh itu para utusan raja kembali ke kota Yerikho.

23Barulah pengintip-pengintip itu turun dari perbukitan, menyeberangi sungai, lalu kembali kepada Yosua. Mereka memberitahu Yosua segala yang telah berlaku kepada mereka.

24Kemudian mereka berkata, “Kami pasti bahawa TUHAN telah memberi kita seluruh negeri itu. Semua penduduk negeri itu takut kepada kita.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help