ZAKHARIA 9 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Hukuman kepada Bangsa-Bangsa di Sekitar Israel

1 pada zaman dahulu.

8Aku akan mengawal tanah-Ku dan tidak membenarkan musuh melaluinya. Aku tidak akan membiarkan orang zalim menindas umat-Ku lagi. Aku telah melihat penderitaan umat-Ku.”

Raja yang Akan Datang

9 Mat 21.5; Yoh 12.15 Bersukacitalah,

hai penduduk Sion!

Bersoraklah,

hai penduduk Yerusalem!

Lihatlah, raja kamu datang!

Dia datang dengan kemegahan dan kemenangan,

tetapi dengan kerendahan hati,

dia datang dengan menunggang keldai,

dengan mengenderai anak keldai yang muda.

10 Mzm 72.8 TUHAN berfirman,

“Aku akan melenyapkan kereta kuda dari Israel,

dan juga kuda di Yerusalem;

busur yang digunakan dalam peperangan akan dimusnahkan.

Raja kamu akan mengadakan perdamaian antara bangsa-bangsa;

kerajaannya terbentang dari laut ke laut,

dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.”

Pemulihan Umat Allah

11 Kel 24.8 TUHAN berfirman,

“Kerana perjanjian-Ku dengan kamu,

perjanjian yang disahkan dengan darah korban,

Aku akan membebaskan bangsa kamu

yang menderita dalam pembuangan

seperti orang yang terkurung dalam perigi kering.

12Pulanglah, hai kamu orang buangan,

sekarang kamu mempunyai harapan;

pulanglah ke tempat perlindungan kamu.

Aku memberitahu kamu sekarang,

bahawa Aku akan memberkati kamu dua kali ganda

bagi segala penderitaan yang kamu alami.

13Aku akan menggunakan Yehuda seperti busur pahlawan,

dan Israel seperti anak panah.

Aku akan menggunakan penduduk Sion seperti pedang,

untuk memerangi orang Yunani.”

14TUHAN akan menampakkan diri kepada umat-Nya;

Dia akan membidikkan anak panah seperti kilat.

TUHAN Raja akan meniup trompet sebagai tanda melancarkan serangan,

Dia akan maju dari selatan di tengah-tengah angin ribut.

15TUHAN Yang Maha Kuasa akan melindungi umat-Nya,

mereka akan membinasakan musuh.

Mereka akan memekik seperti orang mabuk memekik,

sambil menumpahkan darah musuh;

darah musuh akan mengalir seperti darah korban,

yang dicurahkan di atas mazbah dari sebuah mangkuk.

16Pada hari itu kelak, TUHAN akan menyelamatkan umat-Nya,

seperti gembala menyelamatkan ternakan daripada bahaya.

Mereka akan bersinar di negeri TUHAN

seperti permata pada mahkota.

17Alangkah baik dan indahnya negeri itu kelak!

Pemuda dan pemudi akan bertambah kuat;

gandum dan wain menguatkan mereka.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help