1 TAWARIKH 9 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Orang yang Kembali dari Pembuangan

1Semua orang Israel didaftarkan menurut keluarga masing-masing. Senarai itu tercatat dalam Kitab Raja-Raja Israel.

Penduduk Yehuda telah dibuang ke Babel sebagai hukuman dosa mereka.

2Antara mereka yang mula-mula kembali ke tanah milik mereka di kota-kota ialah orang awam, para imam, orang Lewi, dan para pekerja Rumah TUHAN.

3 di sebelah timur. Sebelum itu mereka mengawal pintu-pintu gerbang yang menuju ke perkhemahan orang Lewi.

19Salum anak Kore, cucu Ebyasaf, bersama-sama beberapa orang lain daripada puak Korah, iaitu puaknya, ditugaskan untuk mengawal pintu masuk ke Khemah TUHAN. Dahulu nenek moyang mereka pun melakukan tugas itu ketika mereka bekerja di perkhemahan TUHAN.

20Pinehas anak lelaki Eleazar pernah mengetuai mereka. Semoga TUHAN menyertai dia!

21Zakharia anak Meselemya juga pengawal pintu ke Khemah TUHAN.

22Semua orang yang dipilih untuk mengawal pintu-pintu gerbang berjumlah 212 orang. Mereka didaftarkan menurut nama pekan yang menjadi tempat tinggal mereka. Nenek moyang mereka diberikan tugas itu oleh Raja Daud dan Nabi Samuel.

23Sejak itu mereka dan keturunan mereka tetap menjadi pengawal pintu gerbang Rumah TUHAN.

24Ada empat buah pintu: satu di utara, satu di selatan, satu di timur, dan satu di barat. Setiap pintu mempunyai seorang ketua pengawal.

25Para pengawal itu dibantu oleh sanak saudara mereka yang tinggal di pekan-pekan. Mereka bergilir-gilir bertugas selama tujuh hari pada setiap satu giliran.

26Keempat-empat ketua pengawal itu orang Lewi, dan mereka bertugas secara tetap. Mereka bertanggungjawab mengurus bilik-bilik di Rumah TUHAN dan barang-barang yang disimpan di situ.

27Mereka tinggal dekat Rumah TUHAN, kerana mereka harus mengawal Rumah TUHAN dan membuka pintu-pintunya tiap-tiap pagi.

Orang Lewi yang lain

28Orang Lewi yang lain bertanggungjawab mengurus perkakas yang dipakai untuk ibadat. Mereka menghitung perkakas itu apabila dikeluarkan dan disimpan semula.

29Orang Lewi yang lain pula bertanggungjawab mengurus perabot-perabot ibadat dan juga tepung, air anggur, minyak zaitun, kemenyan serta rempah-rempah.

30Tetapi yang bertanggungjawab untuk mencampurkan rempah-rempah itu ialah para imam.

31Orang yang bertanggungjawab membuat kuih tipis ialah seorang Lewi bernama Matica, anak sulung Salum daripada puak Korah.

32Orang daripada puak Kehat bertanggungjawab untuk menyediakan roti sajian pada setiap hari Sabat.

33Beberapa keluarga daripada orang Lewi bertugas sebagai penyanyi di Rumah TUHAN. Ketua-ketua keluarga mereka tinggal di beberapa buah bangunan di Rumah TUHAN. Mereka tidak diberikan tugas lain kerana mereka bertugas pada siang dan malam hari.

34Semua orang yang disebut di atas ialah ketua-ketua keluarga Lewi menurut jurai keturunan mereka. Mereka juga pemimpin-pemimpin yang tinggal di Yerusalem.

Nenek Moyang dan Keturunan Raja Saul(1 Taw 8.29-38)

35Yeiel membina kota Gibeon lalu tinggal di situ. Isterinya bernama Maakha.

36Anak sulung Yeiel bernama Abdon, dan anak-anak lelakinya yang lain ialah Zur, Kis, Baal, Ner, Nadab,

37Gedor, Ahyo, Zakharia, dan Miklot,

38bapa Simea. Keturunan mereka tinggal di Yerusalem bersama dengan keluarga-keluarga lain daripada sesama puak.

39Bapa Raja Saul bernama Kish dan datuknya bernama Ner. Raja Saul mempunyai empat orang putera: Yonatan, Malkisua, Abinadab dan Esybaal.

40Yonatan mempunyai anak lelaki bernama Meribaal, bapa Mikha.

41Mikha mempunyai empat orang anak lelaki: Piton, Melekh, Tarea, dan Ahas.

42Anak Ahas bernama Yaera, yang mempunyai tiga orang anak lelaki: Alemet, Azmawet, dan Zimri. Inilah jurai keturunan Zimri: Moza,

43Bina, Rafa, Elasa, dan Azel.

44Azel mempunyai enam orang anak lelaki: Azrikam, Bokhru, Ismael, Searya, Obaja, dan Hanan.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help