1Seorang penguasa yang cekap dan bijaksana mendidik rakyatnya dan menjalankan pemerintahannya dengan teratur.
2Seperti penguasa begitu juga pegawainya, dan seperti pemerintah kota begitu juga penduduknya.
3Seorang raja yang tidak terdidik menghancurkan rakyatnya. Sebuah kota yang diperintah oleh orang bijaksana akan makmur.
4Tuhan mengawasi pemerintahan dunia dan Dia mengangkat orang yang sesuai untuk memerintah pada waktu yang tepat.
5Kejayaan orang ada di dalam tangan Tuhan, dan Tuhanlah yang menganugerahi para pegawai.
Kebongkakan6Jangan kesal kepada sesamamu kerana setiap kesalahan yang dibuat mereka, dan jangan lakukan tindakan kekerasan.
7Keangkuhan dan ketidakadilan dibenci oleh Tuhan mahupun manusia.
8Akibat kelaliman, keangkuhan dan wang, pemerintah yang satu digulingkan dan diganti oleh yang lain.
9Manusia hanya debu dan abu; apa pula yang mahu dibanggakan? Selagi masih hidup pun, badan sudah mula membusuk.
10Penyakit yang tidak mahu sembuh membingungkan para doktor. Malahan seorang raja pun yang memerintah hari ini, akan mangkat pada esoknya.
11Apabila seorang mati, yang dimilikinya hanyalah cacing, lalat, dan ulat.
12Kebongkakan timbul sejak orang meninggalkan Tuhan dan menjauhkan hati mereka daripada Pencipta mereka.
13Hal itu demikian kerana punca kebongkakan ialah dosa. Orang yang bersifat sombong terus-menerus berbuat keji. Itulah sebabnya Tuhan menyeksa mereka dengan berat dan membinasakan mereka sama sekali.
14Tuhan telah menggulingkan raja-raja dan mengangkat orang yang rendah hati sebagai pengganti.
22Takut kepada Tuhan menjadi kebanggaan setiap orang, baik yang kaya, yang terkenal, mahupun yang miskin.
23Tidak baik menghina orang miskin yang arif, dan tidak patut menghormati orang yang berdosa.
24Orang terkemuka, para penguasa, dan hakim-hakim dihormati, tetapi antara mereka tidak ada yang lebih besar daripada yang takut kepada Tuhan.
25Seorang hamba yang bijaksana akan dilayani oleh orang yang bebas, dan orang yang berbudi tidak akan bersungut-sungut kerananya.
Kerendahan Hati dan Harga Diri26Jangan berlagak pandai pada waktu engkau bekerja, dan jangan berlagak orang besar pada waktu engkau kekurangan.
27Lebih baik bekerja dan mempunyai kelimpahan daripada berlagak orang besar tetapi kekurangan makanan.
28Anakku, hendaklah engkau mempunyai harga diri yang disertai kerendahan hati. Hargailah dirimu dengan sewajarnya.
29Siapa akan menyatakan benar orang yang berdosa terhadap diri mereka sendiri? Siapa akan menghormati orang yang tidak menghormati diri mereka sendiri?
30Orang miskin dihormati kerana pengetahuan mereka, sedangkan orang kaya dihormati kerana harta mereka.
31Kalau seseorang dihormati padahal dia miskin, apalagi kalau dia kaya. Kalau seseorang dihina padahal dia kaya, apalagi kalau dia miskin.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.