ZEFANYA Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals
Kata PengantarNabi Zefanya menyampaikan perkhabarannya pada tahun-tahun terakhir abad ketujuh Sebelum Masihi, iaitu kira-kira pada dekad sebelum Raja Yosia mengadakan pembaharuan agama pada tahun 621 Sebelum Masihi.Tema kitab ini sama dengan tema kitab nabi-nabi yang lain, iaitu ancaman tentang kedatangan hari malapetaka dan kehancuran, sebagai hukuman terhadap penyembahan dewa-dewa oleh penduduk Yehuda. Bangsa-bangsa lain juga akan dihukum oleh Tuhan. Meskipun Yerusalem dihancurkan, akan tiba masanya kota itu dibina semula dan didiami orang yang jujur dan taat kepada Tuhan.KandunganHari Penghakiman TUHAN 1.1—2.3Negara-Negara Jiran Yehuda Dihukum 2.4-15Yerusalem Dihukum dan Diselamatkan 3.1-20