1Kemudian Yesus meninggalkan tempat itu. Dia pergi ke daerah Yudea dan daerah di seberang Sungai Yordan. Orang ramai berkumpul lagi di sekeliling Yesus, dan seperti biasa Yesus mula mengajar mereka.
2Beberapa orang Farisi datang hendak memerangkap Dia. Mereka bertanya, “Menurut Taurat kita, bolehkah orang menceraikan isteri?”
3Yesus menjawab dengan bertanya, “Apakah perintah yang diberikan oleh Musa kepada kamu?”
4
8
15 dan kiri Guru.”
38 Luk 12.50 Yesus berkata kepada mereka, “Kamu tidak mengetahui apa yang kamu minta. Sanggupkah kamu minum dari cawan penderitaan yang akan Aku minum? Sanggupkah kamu mengalami baptisan penderitaan yang akan Aku alami?”
39“Sanggup,” jawab mereka.
Yesus berkata kepada mereka, “Memang kamu akan minum dari cawan penderitaan yang akan Aku minum dan kamu akan mengalami baptisan penderitaan seperti yang akan Aku alami.
40Tetapi Aku tidak berhak menentukan orang yang akan duduk di sebelah kanan atau kiri-Ku. Allah yang menentukan siapa orangnya yang akan duduk di tempat itu.”
41Ketika sepuluh orang pengikut-Nya yang lain mendengar hal itu, mereka marah terhadap Yakobus dan Yohanes.
42Yesus memanggil mereka semua lalu berkata, “Kamu tahu bahawa para penguasa bangsa yang tidak mengenal Allah menindas rakyat. Para pemimpin mereka selalu menekan rakyat.
43Luk 22.25-26 Tetapi tidak demikian halnya dengan kamu. Jika seorang antara kamu hendak menjadi besar, dia harus melayani orang lain.
44Mat 23.11; Mrk 9.35; Luk 22.26 Jika seorang antara kamu hendak menjadi yang pertama, dia harus menjadi hamba kamu semua.
45Anak Manusia tidak datang untuk dilayani; Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawa-Nya untuk membebaskan banyak orang.”
Yesus Menyembuhkan Bartimeus yang Buta(Mat 20.29-34; Luk 18.35-43)46Mereka tiba di Yerikho. Ketika Yesus meninggalkan kota itu dengan pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai, ada seorang buta yang duduk minta sedekah di pinggir jalan. Namanya Bartimeus anak Timeus.
47Apabila orang buta itu mendengar bahawa yang sedang lalu di situ adalah Yesus orang Nasaret, dia mula berseru, “Yesus, Anak Daud! Kasihanilah hamba!”
48Orang ramai memarahi dia dan menyuruh dia diam. Tetapi lebih keras lagi dia berseru, “Anak Daud, kasihanilah saya!”
49Yesus berhenti lalu berkata, “Panggillah dia.”
Mereka memanggil orang buta itu. “Jangan kecil hati!” kata mereka. “Bangunlah, Yesus memanggil kamu.”
50Orang buta itu pun melempar jubahnya, lalu melompat dan pergi kepada Yesus.
51Yesus bertanya kepadanya, “Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untukmu?”
Orang buta itu menjawab, “Guru, saya ingin melihat.”
52“Pergilah,” kata Yesus, “kamu sembuh kerana kamu percaya kepada-Ku.”
Pada saat itu juga orang itu dapat melihat, lalu dia mengikut Yesus di jalan.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.