KEJADIAN 18 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Allah Menjanjikan Seorang Anak Lelaki kepada Abraham

1TUHAN menampakkan diri kepada Abraham dekat pokok-pokok keramat, tempat beribadat di Mamre. Pada masa itu, hari sangat panas dan Abraham sedang duduk di pintu khemahnya.

2 aku akan kembali. Pada waktu itu isterimu Sara akan mempunyai seorang anak lelaki.”

Sara sedang memasang telinga di pintu khemah, di belakang tetamu itu.

11Abraham dan Sara sudah lanjut usia dan Sara sudah mati haid.

12

19Aku sudah memilih dia supaya memerintah anak-anak dan keturunannya untuk taat kepada-Ku dan melakukan hal yang benar dan adil. Jika mereka berbuat demikian, Aku akan memenuhi segala janji-Ku kepada Abraham.”

20Selanjutnya TUHAN berfirman kepada Abraham, “Ada tuduhan yang berat sekali terhadap penduduk Sodom dan Gomora, dan memang dosa mereka itu sangat besar.

21Oleh itu Aku hendak turun ke sana untuk menyiasat sama ada tuduhan yang sudah Aku dengar itu benar atau tidak.”

22Kemudian dua daripada tetamu itu berangkat menuju ke Sodom, tetapi TUHAN tinggal dengan Abraham.

23Abraham menghampiri TUHAN dan bertanya, “Benarkah Engkau mahu membinasakan orang yang tidak bersalah bersama dengan orang yang bersalah?

24Jika terdapat lima puluh orang yang tidak bersalah di dalam kota itu, adakah Engkau akan memusnahkan seluruh kota itu? Tidakkah Engkau mahu mengampuninya untuk menyelamatkan yang lima puluh orang itu?

25Tentu Engkau tidak mahu membunuh orang yang tidak bersalah bersama dengan orang yang bersalah. Tentu tidak! Engkau tidak mungkin berbuat demikian. Jika Engkau berbuat demikian, orang yang tidak bersalah akan dihukum bersama dengan orang yang bersalah. Itu tidak mungkin. Hakim bagi seluruh bumi tentu bertindak dengan adil.”

26TUHAN menjawab, “Jika Aku mendapati lima puluh orang yang tidak bersalah di Sodom, Aku akan mengampuni seluruh kota itu kerana mereka.”

27Abraham berkata lagi, “Ampunkanlah kelancanganku kerana tidak henti-henti bercakap kepada-Mu, ya Tuhan. Aku ini hanya manusia dan tidak berhak untuk mengatakan apa-apa pun.

28Tetapi mungkin hanya terdapat empat puluh lima orang yang tidak bersalah, dan bukan lima puluh orang. Adakah Engkau memusnahkan seluruh kota itu disebabkan kurang hanya lima orang?”

TUHAN menjawab, “Aku tidak akan memusnahkan kota itu jika Aku mendapati empat puluh lima orang yang tidak bersalah.”

29Abraham berkata lagi, “Mungkin hanya terdapat empat puluh orang.”

TUHAN menjawab, “Aku tidak akan memusnahkannya jika Aku mendapati empat puluh orang.”

30Abraham berkata, “Ya Tuhan, janganlah murka jika aku bercakap lagi. Bagaimana pula jika terdapat hanya tiga puluh orang?”

TUHAN berfirman, “Aku tidak akan melakukannya jika Aku mendapati tiga puluh orang.”

31Abraham berkata, “Ampunkanlah kelancanganku kerana tidak henti-henti bercakap kepada-Mu, ya Tuhan. Bagaimana jika hanya ada dua puluh orang?”

TUHAN berfirman, “Aku tidak akan memusnahkan kota itu jika Aku mendapati dua puluh orang.”

32Abraham berkata, “Ya Tuhan, janganlah murka. Aku akan bercakap hanya sekali lagi. Bagaimana pula jika terdapat hanya sepuluh orang?”

TUHAN berfirman, “Aku tidak akan memusnahkannya jika Aku mendapati sepuluh orang.”

33Selepas TUHAN berfirman kepada Abraham, TUHAN pergi, lalu Abraham pulang ke rumahnya.

Blog
About Us
Message
Site Map