HABAKUK Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Kata PengantarNabi Habakuk menyampaikan perkhabarannya menjelang akhir abad ketujuh Sebelum Masihi, ketika negerinya dikuasai oleh kerajaan Babilonia. Habakuk sangat gelisah melihat keganasan yang dilakukan oleh bangsa yang kejam itu. Oleh sebab itu dia bertanya kepada Tuhan, “Tetapi mengapakah Engkau berdiam diri apabila orang Babilonia membinasakan orang yang tidak sejahat mereka?” (1.13). Tuhan menjawab bahawa Dia akan bertindak pada waktu yang ditetapkan-Nya. Sementara itu, “orang yang melakukan kehendak Allah akan hidup kerana mereka setia kepada Allah” (2.4).Bahagian lain kitab ini mengandungi nubuat tentang kebinasaan orang yang tidak mentaati perintah Allah. Pada bahagian akhir kitab ini terdapat suatu nyanyian yang memuji kebesaran Allah dan yang menyatakan keteguhan iman Nabi Habakuk.KandunganHabakuk Bertanya dan Tuhan Menjawab 1.1—2.4

Kebinasaan Orang yang Tidak Mentaati Perintah Allah 2.5-20

Doa Habakuk 3.1-19

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help