2 TESALONIKA Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals
Kata PengantarKedatangan semula Kristus masih menimbulkan persoalan di kalangan jemaah di Tesalonika. Surat Paulus yang Kedua kepada Jemaah di Tesalonika ditulis untuk menyelesaikan masalah ini. Jemaah di Tesalonika berpendapat bahawa Kristus sudah datang kembali. Paulus memberikan penjelasan bahawa pendapat itu salah, kerana sebelum Kristus datang kembali, kejahatan dan kekejaman akan memuncak di bawah pimpinan seorang yang dikenal sebagai “Manusia Jahat” yang akan menentang Kristus.Kepada para pembacanya, Paulus menegaskan pentingnya bertahan dalam kepercayaan mereka kepada Kristus, walaupun kehidupan mereka susah dan penuh penderitaan. Paulus menasihati mereka supaya mencari nafkah, seperti yang dilakukan oleh Paulus dan rakan-rakannya. Mereka juga harus tekun mengamalkan perbuatan baik.KandunganPendahuluan 1.1-2Pujian dan Doa 1.3-12Penjelasan tentang Kedatangan Kristus 2.1-17Nasihat tentang Kelakuan Orang Kristian 3.1-15Penutup 3.16-18