KEBIJAKSANAAN SALOMO 3 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Nasib Orang Baik

1Tetapi orang baik dilindungi Allah dan tidak akan ditimpa seksaan.

2Sangka orang bodoh mereka mati, dan kematian mereka dianggap malapetaka.

7Apabila Allah datang melindungi mereka, cahaya mereka akan berpijar dan membakar orang jahat seperti bunga api di ladang jerami.

8Orang baik akan memerintah bangsa-bangsa, dan Tuhan menjadi raja mereka untuk selama-lamanya.

9Orang yang percaya kepada Allah akan mengerti bahawa semua jalan Allah benar. Orang yang setia hidup dalam kasih Allah oleh sebab Dia berbelas kasihan dan murah hati kepada orang pilihan-Nya.Nasib Orang Jahat

10Tetapi orang jahat akan dihukum, sesuai dengan fikiran mereka, oleh sebab mereka telah memberontak terhadap Tuhan dan tidak menghiraukan yang benar.

11Orang yang tidak menghiraukan kebijaksanaan dan pendidikan menghadapi kehidupan yang penuh sengsara tanpa harapan. Segala usaha mereka sia-sia dan semua jerih payah mereka tidak berguna.

12Isteri mereka tidak tahu akan tanggungjawab dan anak-anak mereka sesat. Keturunan mereka hidup tanpa berkat.

Kebajikan Lebih Baik daripada Mempunyai Keturunan

13Berbahagialah wanita mandul yang hidup tidak bercela. Pada Hari Penghakiman mereka akan mendapat ganjaran.

14Pada hari itu lelaki yang dikembiri pun akan dianugerahkan kebahagiaan, asal mereka telah mentaati semua Taurat Musa dan tidak merancang yang jahat terhadap Tuhan. Kerana kesetiaan mereka, mereka mendapat pahala istimewa dan tempat yang bahagia di kediaman Tuhan.

15Perbuatan baik seperti pokok yang menghasilkan buah yang mulia, dan kebijaksanaan seperti akar yang selalu menunjang kehidupan.

16Tetapi anak yang lahir daripada zina atau hubungan terlarang akan mati dan tidak mencapai umur dewasa.

17Sekalipun mereka panjang umur, mereka dianggap remeh dan tidak dihormati pada masa tua mereka.

18Kalau mereka lekas mati, mereka tidak punya harapan, dan pada Hari Penghakiman tidak ada hiburan bagi mereka.

19Anak yang lahir daripada hubungan terlarang mengalami nasib yang malang.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help