1Pada malam itu juga raja tidak dapat beradu. Oleh itu, raja minta supaya catatan rasmi kerajaan diambil dan raja menyuruh orang membacakannya.
2
9Kemudian perintahlah agar seorang pembesar negara daripada golongan bangsawan mengenakan pakaian itu pada orang itu, dan mengarak orang itu dengan menunggang kuda tuanku melalui lapangan kota. Hendaklah pembesar itu berjalan di hadapannya sambil berseru, ‘Lihat, demikianlah raja memberikan penghargaan kepada orang yang dihormatinya!’ ”
10Selepas itu raja berkata kepada Haman, “Cepatlah! Ambillah pakaian dan kuda beta, dan berikanlah segala kehormatan itu kepada Mordekhai orang Yahudi itu. Lakukanlah baginya segala yang sudah kamu cadangkan itu, tanpa mengurangkan satu pun. Dia sedang duduk di hadapan pintu gerbang istana.”
11Oleh itu Haman mengambil pakaian dan kuda raja, dan mengenakan pakaian itu pada Mordekhai. Mordekhai menunggangi kuda itu dan Haman mengaraknya melalui lapangan kota. Sambil berjalan, Haman mengisytiharkan, “Lihat, demikianlah raja memberikan penghargaan kepada orang yang dihormatinya!”
12Kemudian Mordekhai duduk semula di pintu gerbang istana. Tetapi Haman tergesa-gesa pulang ke rumah sambil menutup mukanya kerana berasa sangat malu.
13Haman memberitahu isterinya dan semua sahabatnya apa yang sudah terjadi. Isteri dan sahabat-sahabatnya yang bijaksana itu berkata kepadanya, “Engkau mula dikalahkan oleh Mordekhai. Dia orang Yahudi, dan engkau tidak akan dapat melawan dia. Dia pasti akan mengalahkan engkau.”
Haman Dihukum Mati14Sementara mereka masih bercakap-cakap, sida-sida dari istana datang dengan tergesa-gesa untuk membawa Haman ke jamuan makan yang diberikan oleh Ester.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.