SIRAKH 5 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Jangan Sombong dalam Kekayaan atau Dosa

1Jangan bergantung kepada kekayaan dan jangan jadikannya jaminan hidupmu.

2Jangan ikut setiap kecenderungan walaupun engkau mampu, dan jangan ikuti hawa nafsumu.

3Jangan berkata, “Tak ada yang berkuasa atas diriku.” Nanti engkau dihukum oleh Tuhan dengan berat.

4Jangan berkata, “Memang aku sudah berdosa, tetapi aku tak akan dihukum kerana Tuhan sabar.” Pkh 8.11

5Jangan lakukan dosa demi dosa kerana yakin bahawa engkau pasti diampuni Tuhan.

6Jangan berkata, “Belas kasihan Tuhan sangat besar. Dosaku yang banyak ini pasti diampunkan.” Memang Tuhan berbelas kasihan, tetapi Dia juga menunjukkan kemurkaan-Nya terhadap orang yang berdosa.

7Kembalilah segera kepada Tuhan dan jangan tunda-tunda saat itu, kerana kemurkaan-Nya menimpa engkau dengan tiba-tiba dan engkau binasa pada saat hukuman-Nya.

8Jangan bergantung kepada kekayaan yang diperoleh dengan tidak jujur, kerana kekayaan itu tidak akan berguna sedikit pun pada waktu engkau ditimpa bencana.

Kejujuran dan Penguasaan Diri

9Jangan cuba menyenangkan hati setiap orang dan jangan bersetuju dengan setiap pendapat, kerana begitulah kelakuan orang berdosa yang lidah bercabang.

10Jadilah orang yang tegas pendirian dan biarlah perbuatanmu selaras dengan perkataanmu.

11Hendaklah cepat mendengar tetapi lambat menjawab.

12Jawablah hanya kalau engkau tahu jawapannya; kalau tidak, lebih baik diam.

13Perkataanmu membuat engkau dihormati atau dihina, dan perkataanmu dapat mencelakakan engkau.

14Jangan sampai engkau disebut memfitnah dan jangan sebarkan umpatan yang menjatuhkan orang. Seorang pencuri mendapat penghinaan, tetapi orang yang suka berdusta mendapat hukuman berat.

15Jangan berlaku bodoh dalam perkara besar atau kecil.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help