ULANGAN 26 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Persembahan daripada Hasil Tanaman

1“Selepas kamu pergi ke tanah yang diberikan TUHAN, Allah kamu dan telah menetap di sana,

2 Aku sudah menurut perintah-Mu, ya TUHAN. Aku sudah melakukan segala yang Engkau perintahkan tentang persembahan persepuluhan.

15Pandanglah ke bawah dari tempat-Mu yang suci di syurga dan berkatilah umat-Mu Israel; berkatilah juga tanah yang kaya dan subur ini, yang sudah Engkau berikan menurut janji-Mu kepada nenek moyang kami.’ ”

Umat Pilihan TUHAN

16“Pada hari ini TUHAN, Allah kamu memerintah kamu supaya taat kepada segala hukum-Nya. Oleh itu taatilah hukum-hukum itu dengan setia dan dengan segenap jiwa raga kamu.

17Pada hari ini kamu telah mengakui TUHAN sebagai Allah kamu. Kamu telah berjanji untuk patuh kepada-Nya, serta mentaati segala hukum dan perintah-Nya.

18 Kamu akan menjadi umat-Nya, seperti yang dijanjikan-Nya.”

Blog
About Us
Message
Site Map