1Kemudian Adam bersetubuh dengan isterinya, lalu isterinya hamil. Dia melahirkan seorang anak lelaki dan berkata, “Dengan pertolongan TUHAN aku sudah mendapat seorang anak lelaki.” Maka Hawa menamakan anaknya Kain.
2Kemudian Hawa melahirkan seorang anak lelaki lagi yang diberi nama Habel. Habel menjadi gembala domba, tetapi Kain menjadi petani.
3Beberapa waktu kemudian, Kain mengambil sebahagian daripada hasil tuaiannya lalu mempersembahkannya kepada TUHAN.
4 tetapi jika engkau melakukan yang jahat, maka dosa menunggu untuk masuk ke dalam hatimu. Dosa hendak menguasai dirimu, tetapi engkau mesti mengalahkannya.”
8 Apabila mereka sampai di situ, Kain menyerang adiknya lalu membunuh dia.
9TUHAN bertanya kepada Kain, “Di mana Habel, adikmu?”
Kain menjawab, “Aku tidak tahu. Haruskah aku menjaga adikku?”
10 daripada gangsa dan besi. Adik perempuan Tubal-Kain bernama Naama.
23Lamekh berkata kepada isterinya, “Ada dan Zila, dengarlah kataku. Aku sudah membunuh seorang pemuda kerana dia memukul aku.
24Jika tujuh orang dibunuh sebagai pembalasan terhadap orang yang membunuh Kain, tujuh puluh tujuh orang akan dibunuh jika aku dibunuh.”
Set dan Enos25Adam dan isterinya mendapat seorang anak lelaki lagi. Hawa berkata, “Allah sudah mengurniai aku seorang anak lelaki untuk menggantikan Habel yang dibunuh oleh Kain.” Maka Hawa menamakan anaknya Set.
26Set mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Enos. Pada zaman itulah orang mula menyebut nama TUHAN apabila beribadat.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.