1Raja Hiram dari Tirus sentiasa bersahabat dengan Raja Daud. Oleh itu apabila Raja Hiram mendengar bahawa Raja Salomo telah memerintah menggantikan Raja Daud ayahandanya, baginda mengutus seorang duta kepada Raja Salomo.
2Kemudian Raja Salomo mengirimkan pesan ini kepada Raja Hiram,
3“Tuanku tahu bahawa Raja Daud, ayahanda beta sentiasa terpaksa berperang menentang musuh dari negeri-negeri di sekelilingnya. Sebelum TUHAN memberikan kemenangan kepadanya atas semua musuhnya itu, baginda tidak dapat membina Rumah tempat menyembah TUHAN, Allah baginda.
4Tetapi sekarang TUHAN, Allah beta telah memberikan ketenteraman di sepanjang sempadan negeri beta. Beta tidak mempunyai musuh, dan tidak ada lagi bahaya ancaman dari mana-mana pun.
5 liter minyak zaitun asli setiap tahun untuk makanan rakyat Raja Hiram.
12TUHAN menepati janji-Nya. Dia memberi Raja Salomo kebijaksanaan. Perhubungan antara Raja Hiram dan Raja Salomo baik, dan baginda berdua membuat ikatan perjanjian.
13Raja Salomo mengerahkan 30,000 orang lelaki dari seluruh Israel untuk pekerjaan paksa,
141 Raj 12.18 dan melantik Adoniram menjadi pengurus mereka. Raja Salomo membahagikan mereka menjadi tiga kumpulan, 10,000 orang dalam satu kumpulan. Tiap-tiap kumpulan bekerja selama satu bulan di Lebanon dan tinggal di rumah selama dua bulan.
15Raja Salomo juga mempunyai 80,000 orang lelaki di pergunungan untuk memahat batu; 70,000 orang lelaki untuk mengangkat batu-batu itu.
16Baginda menugaskan 3,300 orang untuk mengawasi pekerjaan mereka.
17Dengan perintah Raja Salomo, mereka memahat batu-batu yang besar dan indah untuk dijadikan asas Rumah TUHAN.
18Para pekerja Raja Salomo dan pekerja Raja Hiram, dan juga orang dari kota Gebal menyediakan batu dan kayu untuk membina Rumah TUHAN.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.