1Setiap orang dapat mengaku diri kawan, tetapi ada kawan yang namanya sahaja kawan.
2Apabila seorang kawan menjadi lawan, dia mendatangkan kesedihan seperti maut.
3Celakalah fikiran jahat! Dari mana asalnya, sehingga dapat memenuhi bumi ini dengan penipuan?
4Ada orang yang ikut menikmati kesenangan kawannya. Tetapi waktu kawan itu susah, dia menjadi lawan.
5Ada orang yang menolong kawannya apabila mendapat keuntungan daripadanya, tetapi waktu menghadapi pertempuran, dia hanya melindungi dirinya.
6Jangan lupakan seorang kawan sejati, jangan lupa akan dia di tengah kekayaanmu.
Jangan Dengarkan Sembarang Nasihat7Setiap penasihat menawarkan nasihatnya, tetapi ada yang memberi nasihat demi keuntungan sendiri.
8Berhati-hatilah terhadap seorang penasihat. Selidikilah dahulu apa kepentingannya dalam perkara itu, oleh sebab dia juga memikirkan kepentingannya sendiri. Jangan-jangan dia mempermainkan engkau
9dan berkata bahawa semuanya baik bagimu, lalu menunggu untuk melihat apa yang akan terjadi dengan engkau.
10Jangan minta nasihat daripada orang yang mencurigai engkau, dan sembunyikanlah rancanganmu daripada orang yang iri hati terhadap engkau.
11Jangan berunding dengan seorang wanita tentang saingannya;
dengan seorang penakut tentang perang;
dengan seorang pedagang tentang tawaran;
dengan seorang pembeli tentang jualan;
dengan seorang yang iri hati tentang terima kasih;
dengan seorang yang kejam tentang kebaikan;
dengan seorang pemalas tentang pekerjaan;
dengan seorang buruh bermusim tentang menyelesaikan tugas;
dengan seorang hamba yang malas tentang banyak pekerjaan.
Jangan perhatikan nasihat apa pun yang diberikan oleh mereka.
12Sebaliknya perhatikanlah selalu orang yang bertakwa yang kauketahui melakukan perintah-perintah Tuhan, yang sehati dengan engkau dan berasa sedih apabila engkau gagal.
13Percayalah kepada suara batinmu, oleh sebab tidak ada yang lebih setia kepadamu daripada hatimu sendiri.
14Kadang-kadang hati orang lebih baik dalam memberi keterangan daripada tujuh orang pengawal di menara yang tinggi.
15Tetapi terutama, berdoalah kepada Yang Maha Tinggi agar Dia membimbing engkau untuk mengambil tindakan yang tepat.
Kebijaksanaan Yang Sejati dan Yang Palsu16Berfikirlah sebelum bertindak dan rancanglah sebelum melakukan sesuatu.
17-18Akal tertumpu kepada empat perkara: baik dan jahat, hidup dan mati. Tetapi kuasa mutlak ada pada lidah.
19Boleh jadi seorang pandai mengajar banyak orang, tetapi tidak berguna bagi dirinya sendiri.
20Boleh jadi dia pandai berkata-kata, tetapi mati kelaparan kerana dibenci orang.
21Hal itu demikian kerana dia tidak mempunyai kebijaksanaan, maka Tuhan tidak memberi anugerah kepadanya.
22Ada orang yang bijaksana untuk dirinya sendiri dan berkata bahawa hasil pengetahuannya dapat dipercayai.
23Seorang yang bijaksana menjadi guru bagi bangsanya, dan hasil pengetahuannya benar-benar dapat dipercayai.
24Seorang bijaksana sangat dipuji, dan semua orang yang melihatnya menyatakan dia bahagia.
25Hidup manusia hanya sebentar sahaja, sedangkan umur bangsa Israel tidak dapat dihitung.
26Seorang bijaksana mendapat kepercayaan bangsanya, dan dia akan diingat untuk selama-lamanya.
Menguasai Nafsu27Anakku, selama hidupmu periksalah dirimu dan perhatikanlah apa yang buruk bagimu, lalu jangan biarkan berterusan.
28Tidak semuanya sesuai untuk setiap orang, dan tidak setiap orang dapat menikmati segala-galanya.
29Janganlah dengan tidak puas-puasnya menginginkan kenikmatan apa pun, dan jangan rakus akan makanan.
30Orang yang makan terlalu banyak menjadi sakit, dan orang yang rakus akan sakit perut.
31Banyak orang telah menemui ajal kerana rakus. Hindarilah hal itu, maka engkau dapat hidup lebih lama.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.