YEHEZKIEL 34 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Gembala-Gembala Israel

1TUHAN berfirman kepadaku,

2“Hai manusia fana, kecamlah raja-raja Israel. Bernubuatlah dan sampaikanlah apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada mereka, ‘Alangkah malangnya kamu, hai gembala-gembala Israel. Kamu hanya menjaga kepentingan diri sendiri dan bukan kepentingan domba-domba.

3Kamu minum susu domba, memakai pakaian daripada bulu domba, menyembelih dan makan domba yang terbaik, tetapi kamu tidak pernah menggembalakan domba-domba itu.

4Kamu tidak merawat yang lemah, atau mengubati yang sakit, atau membalut yang luka, atau membawa pulang yang sesat atau mencari yang hilang. Sebaliknya kamu memperlakukan semua domba itu dengan kejam.

5 Di sana Aku akan memberkati mereka dengan hujan manakala mereka memerlukannya.

27Pokok akan berbuah, ladang akan mengeluarkan hasil, dan setiap orang akan tinggal dengan aman di tanahnya sendiri. Apabila Aku memutuskan belenggu umat-Ku dan membebaskan mereka daripada bangsa yang memperhamba mereka, barulah mereka tahu bahawa Akulah TUHAN.

28Bangsa-bangsa yang tidak mengenal Aku tidak akan menjarah umat-Ku lagi, dan binatang buas pun tidak akan membunuh dan memakan mereka. Mereka akan hidup dengan aman, dan tiada sesiapa pun akan menakutkan mereka.

29Aku akan memberi mereka tanah yang subur serta menghapuskan kelaparan di negeri itu. Bangsa lain tidak akan mengolok-olokkan mereka lagi.

30Semua orang akan tahu bahawa Aku melindungi Israel, dan bahawa mereka umat-Ku. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.

31Hai kawanan domba yang Aku beri makan. Kamulah umat-Ku dan Akulah Allah kamu.” Demikianlah firman TUHAN Raja.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help