1Tidak ada harapan lagi! Aku seperti orang lapar yang tidak menemui buah pada pokok ataupun buah anggur pada pokok anggur. Semua buah anggur dan buah ara yang sedap sudah habis dipetik.
2Tiada lagi orang jujur di dalam negeri; tiada lagi orang yang setia kepada Allah. Setiap orang menantikan peluangnya untuk membunuh. Setiap orang memburu sesama bangsanya.
3Mereka semua mahir melakukan kejahatan. Para pegawai dan hakim minta rasuah. Orang kenamaan memaksakan kemahuan mereka. Oleh itu mereka bersama-sama bersepakat untuk melakukannya.
4Bahkan orang yang terbaik dan paling jujur antara mereka pun seperti rumput yang tidak berguna.
Masanya sudah tiba apabila Allah akan menghukum umat ini, sebagaimana Dia memberikan amaran kepada mereka melalui para nabi yang bertugas sebagai penjaga. Keadaan mereka sekarang kacau-bilau.
5Jangan percaya kepada jiran atau sahabat kamu. Berhati-hati apabila bercakap, bahkan kepada isteri kamu.
6 ya TUHAN, seperti yang Engkau lakukan dahulu, ketika Engkau membawa kami keluar dari Mesir.
16Bangsa-bangsa akan nampak hal itu dan berasa malu kerana sedar bahawa kekuatan mereka tidak bererti apa-apa. Mereka akan menutup mulut dan telinga kerana tidak dapat melakukan apa-apa.
17Mereka akan menjalar di atas debu seperti ular. Mereka akan keluar dari kubu mereka dengan gementar, lalu datang dengan takut kepada-Mu, TUHAN, Allah kami.
18Ya TUHAN, tiada yang seperti Engkau. Engkau mengampunkan dosa umat-Mu yang masih hidup. Engkau tidak murka selama-lamanya, tetapi Engkau suka menunjukkan kasih-Mu yang abadi kepada kami.
19Engkau akan mengasihani kami lagi. Engkau akan memijak-mijak dosa kami dan membuangnya ke dasar laut!
20Engkau akan menunjukkan kesetiaan-Mu dan kasih-Mu yang abadi kepada umat-Mu, keturunan Abraham dan Yakub, seperti yang Engkau janjikan kepada nenek moyang kami dahulu kala.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.