YEREMIA 49 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Hukuman TUHAN terhadap Negeri Amon

1Demikianlah firman TUHAN tentang negeri Amon, “Di manakah kaum lelaki Israel? Tiadakah sesiapa yang membela negerinya? Mengapakah mereka membiarkan bangsa yang menyembah Dewa Milkom merebut dan mendiami wilayah suku Gad?

2Tetapi akan tiba masanya apabila Aku menyebabkan penduduk ibu kota Raba mendengar bunyi pertempuran, lalu kota itu akan terbiar menjadi runtuhan. Pekan-pekan di sekitarnya akan habis terbakar. Kemudian Israel akan mendapat kembali tanahnya daripada mereka yang telah merebutnya.

3Hai penduduk Hesybon, menangislah! Kota Ai sudah musnah! Hai kaum wanita kota Raba, berkabunglah! Pakailah kain guni dan berkabunglah. Larilah ke sana ke mari dengan penuh kebingungan. Milkom, dewa kamu akan dibuang negeri bersama dengan para imam dan pegawai pemerintah.

4Mengapakah kamu berbangga, hai umat yang tidak setia? Lihatlah, kekuatan kamu mula hilang. Mengapakah kamu bersandar kepada kekuatan sendiri dan berkata bahawa tiada sesiapa pun berani menyerang kamu?

5Aku akan mendatangkan kegentaran kepada kamu dari segala arah. Kamu semua akan lari, masing-masing mencuba menyelamatkan diri. Tiada sesiapa pun akan mengumpulkan pasukan kamu lagi.

6 telah mengambil segala keturunan Esau. Aku membongkar tempat-tempat persembunyian mereka, sehingga mereka tidak dapat bersembunyi lagi. Semua penduduk Edom sudah binasa; tiada seorang pun tertinggal.

11Serahkanlah anak-anak piatu kamu kepada-Ku dan Aku akan memelihara mereka. Balu-balu kamu dapat bersandar kepada-Ku.

12Orang yang tidak patut dihukum pun kena hukuman. Adakah kamu menyangka bahawa kamu terlepas daripada hukuman? Kamu pasti dihukum!

13Aku sendiri telah bersumpah bahawa kota Bozra akan menjadi gurun yang mengerikan. Orang akan mentertawakannya dan menggunakan namanya sebagai kutuk. Pekan-pekan di sekitarnya pun akan menjadi runtuhan selama-lamanya. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

14Aku, Yeremia berkata, “Hai Edom, aku telah menerima perkhabaran daripada TUHAN. Dia telah mengutus seorang utusan kepada bangsa-bangsa untuk memberitahu mereka supaya mengumpulkan tentera mereka dan bersiap untuk menyerang kamu.

15TUHAN akan melemahkan kamu, dan tiada sesiapa pun akan menghormati kamu.

16Kamu tertipu oleh keangkuhanmu. Tiada sesiapa pun takut akan kamu seperti sangkamu. Kamu tinggal di celah-celah bukit batu, jauh di atas gunung. Tetapi sekalipun kamu membina rumah di tempat yang tinggi sekali, setinggi tempat sarang burung helang, TUHAN akan merendahkan kamu. Demikianlah firman TUHAN.”

17TUHAN berfirman, “Kemusnahan Edom akan sangat mengerikan sehingga tiap-tiap orang yang lalu di situ akan terkejut dan ketakutan.

18 kini lengang dan tidak berpenghuni.

26Pada hari itu kaum pemudanya akan dibunuh di jalan raya, dan semua askarnya dibinasakan.

27Yes 17.1-3; Am 1.3-5; Za 9.1 Aku akan membakar tembok Damsyik dan menghanguskan istana-istana Raja Benhadad. Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, telah berfirman.”

Hukuman terhadap Suku Kedar dan Kota Hazor

28Demikianlah firman TUHAN tentang suku Kedar dan daerah-daerah yang diperintah oleh Hazor, iaitu daerah-daerah yang telah dikalahkan oleh Raja Nebukadnezar dari Babilonia, “Seranglah suku Kedar, dan binasakanlah orang dari bahagian timur!

29Rampaslah semua khemah dan ternakan mereka, tirai khemah dan apa sahaja yang ada di dalam khemah. Rampaslah unta mereka dan beritahulah mereka, ‘Kegentaran mengelilingi kamu!’

30Hai penduduk kota Hazor, Aku, TUHAN, memberikan amaran kepada kamu: Larilah jauh-jauh dan bersembunyilah. Raja Nebukadnezar dari Babilonia, telah merancang untuk melawan kamu. Raja itu bertitah,

31‘Marilah kita serang orang yang berasa aman dan selamat! Kota mereka sama sekali tidak dilindungi kerana tidak mempunyai pintu gerbang ataupun palang pintu.’

32Rampaslah unta dan semua ternakan mereka! Aku akan mencerai-beraikan semua orang yang memendekkan rambut mereka. Aku akan mendatangkan bencana kepada mereka dari segala arah.

33Hazor akan dijadikan gurun selama-lamanya, tempat yang hanya didiami serigala. Tiada sesiapa pun akan tinggal di situ lagi. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Hukuman TUHAN terhadap Negeri Elam

34Tidak lama selepas Raja Zedekia menjadi raja Yehuda, TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman tentang Elam kepadaku.

35Dia berfirman, “Aku akan membunuh semua anggota pasukan pemanah Elam, kerana merekalah yang menjadikan Elam sangat kuat.

36Aku akan menyebabkan angin dari segala arah meniupkan Elam, dan Aku akan mencerai-beraikan penduduknya sehingga tiada satu negeri pun yang tidak didatangi pelarian dari Elam.

37Aku akan menyebabkan penduduk Elam takut kepada musuh yang hendak membunuh mereka. Aku sangat murka kepada penduduk Elam dan akan membinasakan mereka. Aku akan mengirim tentera yang memerangi mereka, sehingga Aku menghapuskan mereka sama sekali.

38Aku akan membinasakan raja-raja dan pemimpin-pemimpin mereka, lalu mendirikan takhta-Ku di negeri itu.

39Tetapi kemudian Aku akan menjadikan penduduk Elam makmur semula. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help