2 KORINTUS Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals
Kata Pengantar Surat Paulus yang Kedua kepada Jemaah di Korintus ditulis ketika hubungan Paulus dengan jemaah di situ sangat rumit. Beberapa orang anggota jemaah telah menuduh Paulus dengan keras, tetapi Paulus menunjukkan keinginannya untuk berdamai. Ketika hal itu berlaku, Paulus gembira.Dalam bahagian pertama suratnya, Paulus membincangkan hubungannya dengan jemaah di Korintus. Dia memberikan penjelasan mengapa dia mengecam tentangan dan celaan jemaah di situ terhadap dirinya. Dia menyatakan kegembiraannya bahawa sikapnya yang keras itu menghasilkan pertaubatan dan kerukunan. Setelah itu dia menggesa jemaah di Korintus supaya mengumpulkan derma untuk membantu orang Kristian di Yudea. Dalam fasal-fasal terakhir Paulus membela kedudukannya sebagai rasul. Beberapa orang di Korintus beranggapan bahawa merekalah rasul sejati, sedangkan Paulus rasul palsu.KandunganPendahuluan 1.1-11Paulus dan Jemaah di Korintus 1.12—7.16Derma untuk Orang Kristian di Yudea 8.1—9.15Paulus Membela Kedudukannya sebagai Rasul 10.1—13.10Penutup 13.11-13