BILANGAN 30 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Peraturan tentang Nazar

1Musa memberikan peraturan berikut kepada para pemimpin suku-suku Israel.

2Ul 23.21-23; Mat 5.33 Apabila seorang lelaki bernazar untuk memberikan sesuatu kepada TUHAN ataupun bersumpah tidak akan melakukan sesuatu perkara, dia tidak boleh memungkiri janjinya. Dia harus melakukan segala yang dikatakannya.

3Apabila seorang gadis yang masih tinggal dengan bapanya bernazar untuk memberikan sesuatu kepada TUHAN, ataupun berjanji tidak akan melakukan sesuatu perkara,

4dia mesti memenuhi segala nazar atau janjinya itu, kecuali bapanya melarang dia apabila bapanya mendengar perkara itu.

5Tetapi jika bapa gadis itu mendengar perkara itu, dan tidak menyetujuinya, maka gadis itu tidak lagi diwajibkan untuk memenuhi nazarnya. TUHAN akan mengampuni dia kerana bapanya tidak membenarkan dia memenuhi nazarnya.

6-7Jika seorang perempuan bujang bernazar, sama ada dipertimbangkan terlebih dahulu ataupun tidak, atau dia berjanji tidak akan melakukan sesuatu perkara, dia terikat kepada nazar atau janjinya itu. Jika pada kemudian hari perempuan itu berkahwin, dia mesti memenuhi segala nazar atau janjinya itu, kecuali suaminya melarang dia apabila mendengar tentang perkara itu.

8Tetapi jika suaminya mendengar perkara itu dan tidak menyetujuinya, perempuan itu tidak lagi diwajibkan untuk memenuhi nazarnya. TUHAN akan mengampuni dia.

9Apabila seorang balu atau seorang perempuan yang sudah bercerai membuat nazar ataupun berjanji tidak akan melakukan sesuatu perkara, dia terikat kepada nazar atau janjinya itu, dan dia mesti memenuhinya.

10Jika seorang perempuan yang sudah berkahwin bernazar ataupun berjanji tidak akan melakukan sesuatu perkara,

11dia mesti memenuhi segala nazar atau janjinya itu, jika suaminya tidak melarang dia ketika mendengar tentang perkara itu.

12Tetapi jika suaminya melarang dia memenuhi nazarnya ketika mendengar perkara itu, perempuan itu tidak lagi diwajibkan untuk memenuhi nazarnya. Suaminya telah menghalang dia, maka TUHAN pun akan mengampuni perempuan itu.

13Suaminya berhak menyetujui ataupun membatalkan nazar atau janji apa sahaja yang sudah dibuat oleh isterinya.

14Tetapi jika suaminya mendengar perkara itu, dan tidak melarangnya pada waktu itu, maka isteri itu harus memenuhi segala nazar ataupun janjinya. Suami itu sudah menyetujui nazar atau janji isterinya, kerana dia tidak melarang isterinya pada hari dia mendengar perkara itu.

15Tetapi jika suami itu membatalkan nazar atau janji isterinya pada kemudian hari, maka suamilah yang mesti menanggung akibat pembatalan nazar itu.

16Itulah peraturan-peraturan yang diberikan oleh TUHAN kepada Musa tentang nazar yang dibuat oleh seorang perempuan yang sudah berkahwin atau oleh gadis yang masih tinggal dengan bapanya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help