1Raja Daud berunding dengan semua pegawainya yang mengetuai pasukan seribu orang dan pasukan seratus orang.
2Selepas itu baginda mengumumkan hal ini kepada semua orang itu, “Jika kamu setuju, dan jika kehendak TUHAN, Allah kita, baiklah kita mengirim utusan-utusan kepada para imam serta orang Lewi di kota-kota mereka, dan kepada segenap bangsa kita. Para utusan itu akan menyuruh mereka datang berkumpul bersama-sama kita di sini.
3Kemudian kita akan pergi mengambil Tabut Perjanjian Allah, yang telah diabaikan selama pemerintahan Raja Saul.”
4Semua orang Israel yang berkumpul suka dengan cadangan itu, lalu mereka menyetujuinya.
5 Raja Daud murka kerana TUHAN telah membinasakan Uza.
12Kemudian Raja Daud takut juga kepada Allah dan bertitah, “Sekarang bagaimanakah beta dapat membawa Tabut Perjanjian itu?”
13Oleh itu Raja Daud tidak membawa Tabut itu ke Yerusalem. Baginda menyimpan Tabut itu di rumah Obed-Edom, seorang yang berasal dari kota Gat.
141 Taw 26.4-5 Tabut itu berada di situ selama tiga bulan, dan TUHAN memberkati keluarga Obed-Edom serta segala miliknya.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.