1TUHAN berfirman kepadaku,
2“Hai manusia fana, kecamlah nabi-nabi Israel yang mengucapkan nubuat yang direka-reka oleh mereka sendiri. Suruhlah mereka mendengarkan firman TUHAN.”
3Demikianlah firman TUHAN Raja, “Alangkah malangnya nabi-nabi bodoh itu! Mereka mendapat ilham daripada khayalan mereka sendiri dan penglihatan mereka palsu belaka.
4Hai umat Israel, nabi-nabi kamu tidak berguna; mereka seperti serigala yang tinggal di tengah runtuhan kota.
5Mereka tidak mengawal tempat-tempat yang roboh temboknya, ataupun membina tembok-tembok itu semula, sehingga Israel tidak dapat dipertahankan apabila peperangan berlaku pada hari Aku, TUHAN datang menjatuhkan hukuman.
6Penglihatan mereka itu palsu dan ramalan mereka pun dusta belaka. Mereka mengaku menyampaikan firman-Ku, padahal Aku tidak mengutus mereka. Namun mereka berharap supaya ramalan mereka akan berlaku.
7Aku berfirman kepada mereka: Penglihatan kamu itu palsu, dan ramalan kamu itu dusta belaka. Kamu berkata bahawa semua itu firman-Ku, padahal Aku tidak berfirman kepada kamu!”
8Oleh itu TUHAN Raja berfirman kepada mereka, “Kerana kata-kata kamu itu dusta dan penglihatan kamu itu palsu, Aku akan melawan kamu.
9Aku akan menghukum kamu, nabi-nabi yang melihat penglihatan palsu serta menyampaikan ramalan yang menyesatkan. Kamu tidak akan bersama-sama umat-Ku apabila mereka bersidang; nama kamu tidak akan tercatat dalam daftar warga Israel, dan kamu tidak akan pulang ke tanah air kamu. Barulah kamu tahu bahawa Akulah TUHAN Raja.
10
21Aku akan mengoyakkan kain tudung kamu dan membebaskan umat-Ku daripada kuasa kamu selama-lamanya. Barulah kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.
22Dengan dusta kamu itu kamu menawarkan hati orang baik, yang Aku tidak mahu apa-apakan. Kamu menggalakkan orang jahat supaya terus melakukan kejahatan sehingga mereka tidak dapat diselamatkan.
23Sekarang penglihatan palsu dan ramalan kamu yang menyesatkan itu telah berakhir. Aku sedang menyelamatkan umat-Ku daripada kuasa kamu supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.