1 SAMUEL 8 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Umat Israel Meminta Seorang Raja

1Apabila Samuel sudah tua, dia melantik anak-anaknya menjadi hakim di Israel.

2Anaknya yang sulung bernama Yoel dan yang kedua bernama Abia. Kedua-duanya menjadi hakim di Bersyeba.

3Tetapi mereka tidak mengikuti teladan bapa mereka. Mereka hanya mencari keuntungan diri sendiri; mereka menerima rasuah dan menghakimi rakyat dengan tidak adil.

4Kemudian semua pemimpin Israel berkumpul lalu menghadap Samuel di Rama.

5 kamu yang terbaik, serta keldai kamu, lalu menggunakan semuanya untuk pekerjaan raja.

17Raja kamu itu akan mengambil sepuluh peratus daripada semua ternakan kamu. Bahkan kamu sendiri akan menjadi hamba raja.

18Pada masa itu kamu akan bersungut kerana raja kamu, raja yang kamu pilih sendiri. Tetapi TUHAN tidak akan mempedulikan sungutan kamu.”

19Umat Israel tidak mahu menghiraukan kata-kata Samuel, malahan mereka berkata, “Biarlah! Kami tetap mahukan seorang raja.

20Kami mahu menjadi seperti bangsa-bangsa lain. Raja kami akan memerintah kami dan memimpin kami dalam peperangan.”

21Samuel mendengar segala kata-kata mereka, lalu memberitahukannya kepada TUHAN.

22TUHAN menjawab, “Kabulkanlah permintaan mereka. Lantiklah seorang raja bagi mereka.” Setelah itu Samuel menyuruh semua orang Israel pulang ke rumah masing-masing.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help