1TUHAN berfirman, “Penduduk Moab sudah berkali-kali berdosa, kerana itu Aku pasti akan menghukum mereka. Mereka menghina raja Edom yang sudah mangkat dengan membakar tulangnya sehingga menjadi abu.
2Oleh itu, Aku akan mengirim api ke negeri Moab dan membakar kubu-kubu Keriot. Penduduk Moab akan mati di tengah-tengah keriuhan perang, sementara trompet dibunyikan dan pekik pertempuran diteriakkan oleh askar.
3 Bukankah demikian, hai umat Israel? Aku, TUHAN, sudah berfirman.
12Tetapi kamu menyuruh orang Nazir minum wain, sehingga mereka mengingkari janji. Kamu juga melarang nabi-nabi menyampaikan perkhabaran-Ku.
13Sekarang Aku akan menekan kamu sampai ke tanah, seperti kereta lembu yang sarat dengan muatan gandum.
14Pelari yang pantas pun tidak akan dapat melarikan diri; orang kuat akan hilang kekuatan, dan pahlawan tidak dapat menyelamatkan diri.
15Pemanah tidak akan dapat bertahan, pelari pantas tidak akan dapat melarikan diri, dan penunggang kuda tidak akan dapat menyelamatkan diri.
16Pada hari itu askar yang paling berani pun akan meninggalkan senjata, lalu lari.” Demikianlah firman TUHAN.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.