YOHANES 7 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Yesus dan Saudara-Saudara-Nya

1Setelah itu Yesus pergi dari satu tempat ke tempat lain di Galilea. Dia tidak mahu pergi ke daerah Yudea kerana para penguasa Yahudi di sana hendak membunuh Dia.

2 kerana saat-Ku belum tiba.”

9Demikianlah kata Yesus, lalu Dia tinggal di Galilea.

Yesus Menghadiri Perayaan Pondok Daun

10Setelah saudara-saudara-Nya pergi ke perayaan itu, Yesus pun pergi. Tetapi Dia tidak pergi secara terang-terangan, melainkan secara diam-diam.

11Para penguasa Yahudi mencari Dia semasa perayaan itu. “Di manakah dia?” tanya mereka.

12Orang ramai berbisik-bisik tentang Dia. Beberapa orang berkata, “Dia orang baik.” Yang lain berkata, “Tidak! Dia menyesatkan orang!”

13Tetapi tidak seorang pun berani bercakap secara terang-terangan tentang Yesus, kerana mereka takut akan para penguasa Yahudi.

14Pada pertengahan masa perayaan itu, Yesus masuk ke dalam Rumah Tuhan, lalu mula mengajar.

15Para penguasa Yahudi hairan sekali lalu berkata, “Bagaimanakah orang ini dapat mengetahui sebanyak ini, padahal dia tidak pernah dilatih untuk menjadi guru Taurat?”

16Yesus menjawab, “Yang Aku ajarkan ini bukan ajaran-Ku, melainkan ajaran Dia yang mengutus Aku.

17Orang yang mahu melakukan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran-Ku datangnya daripada Allah atau daripada Aku sendiri.

18Seorang yang mengajarkan ajarannya sendiri, mencari kehormatan bagi dirinya sendiri. Tetapi seorang yang menghendaki kehormatan untuk orang yang mengutusnya, orang itu jujur dan tidak ada kepalsuan padanya.

19Bukankah Musa yang memberikan Taurat kepada kamu? Tetapi tidak seorang pun antara kamu yang mentaati Taurat itu. Mengapakah kamu mahu membunuh Aku?”

20Orang ramai itu menjawab, “Kamu dirasuk syaitan! Siapa mahu membunuh kamu?”

21Yesus berkata kepada mereka, “Aku melakukan suatu mukjizat, lalu kamu semua hairan.

22 (

39Yesus berkata-kata tentang Roh Allah, yang akan diterima oleh orang yang percaya kepada-Nya. Pada masa itu, Roh Allah belum diberikan, kerana Yesus belum dipermuliakan melalui kematian dan kebangkitan-Nya.)

Orang Berpihak-pihak

40Beberapa orang yang mendengar kata-kata Yesus berkata, “Orang ini pasti Nabi itu!”

41Yang lain berkata, “Dia Penyelamat yang diutus oleh Allah!”

Tetapi yang lain pula berkata, “Penyelamat yang diutus oleh Allah tidak datang dari Galilea!

42 dari Galilea?”

Blog
About Us
Message
Site Map