SIRAKH 26 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Kebahagiaan Orang yang Mempunyai Isteri yang Baik

1Berbahagialah seorang suami yang mempunyai isteri yang baik. Umurnya akan bertambah dua kali ganda.

2Seorang isteri yang budiman menggembirakan hati suaminya sehingga dia dapat hidup tenteram sehingga akhir hayatnya.

3Isteri yang baik ialah anugerah yang diberikan kepada orang yang takut akan Tuhan.

4Sama ada kaya atau miskin, hati mereka selalu senang dan wajah mereka gembira.

Isteri yang Jahat

5Ada tiga perkara yang menakutkan hatiku, iaitu: fitnah yang disebarkan di kota, orang ramai yang berkumpul, dan tuduhan palsu. Semua itu lebih buruk daripada kematian. Perkara keempat membuat aku ketakutan, iaitu

6kesedihan dan sakit hati yang didatangkan oleh seorang wanita yang iri hati terhadap wanita lain, dan yang membidas setiap orang.

7Seorang isteri yang jahat seperti kok lembu yang goyah; mengendalikan dia sama dengan memegang kala jengking.

8Seorang wanita yang mabuk membuat orang marah sekali kerana dia tidak menyembunyikan tingkah lakunya yang memalukan.

9Seorang isteri yang tidak setia dapat dikenal daripada pandangannya yang merangsang dan merayu.

10Jagalah dengan ketat seorang anak perempuan yang keras kepala. Kalau tidak, dia akan menyalahgunakan setiap kesempatan yang diperolehnya.

11Awasilah pandangannya yang tidak tahu malu, dan jangan hairan kalau dia berdosa terhadap engkau.

12Di mana sahaja, dia akan duduk mengangkang di hadapan setiap lelaki yang mengingini dia, seperti pengembara yang haus minum apa sahaja yang didapatnya.

Pujian bagi Isteri yang Baik

13Kecantikan seorang isteri menyenangkan suaminya, dan kepandaiannya membuat dia sihat.

14Isteri yang pendiam ialah anugerah daripada Tuhan; tidak ada yang lebih berharga daripada isteri yang terdidik.

15Isteri yang bersopan dan murni sangat berharga, dan tidak ada taranya.

16Kecantikan isteri yang baik dalam rumah tangga yang teratur seperti matahari yang bersinar di langit Tuhan.

17Wajah yang cantik dan tubuh yang elok seperti lampu yang bersinar pada kaki lampu di Rumah Tuhan.

18Kaki yang molek dan pergelangan kaki yang kuat seperti tiang emas yang beralas perak.Pengamatan yang Menyedihkan

28Dua perkara membuat aku sedih dan yang ketiga membuat aku marah, iaitu:

seorang askar yang jatuh miskin,

seorang cerdas yang tidak dihormati,

dan seorang baik yang menjadi jahat.

Orang seperti itu akan dihukum oleh Tuhan dengan kematian.

29Susah sekali bagi seorang pedagang untuk tidak membuat kesalahan. Tidak ada pedagang yang terlepas daripada dosa.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help