2 YOHANES 1 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

1Kepada puan yang dipilih oleh Allah dan kepada anak-anak puan. Surat ini daripada saya, pemimpin jemaah yang benar-benar mengasihi puan dan anak-anak puan. Bukan hanya saya seorang yang mengasihi puan dan anak-anak puan, tetapi juga semua orang yang mengenal Allah,

2kerana Allah ada di dalam hati kita dan menyertai kita selama-lamanya.

3Semoga Allah Bapa dan Yesus Kristus, Anak Bapa itu mengurniai kita berkat, rahmat, dan kesejahteraan. Semoga kita memiliki semua itu dengan hati yang tulus dan dengan kasih.

Kebenaran dan Kasih

4Saya sangat gembira kerana mengetahui beberapa orang antara anak-anak puan hidup menurut ajaran Allah, seperti yang diperintahkan oleh Allah Bapa kepada kita.

5 Berusahalah supaya puan dan anak-anak puan menerima pahala sepenuhnya daripada Allah.

9Sesiapa yang tidak berpegang kepada ajaran Kristus tetapi melampaui ajaran itu, tidak mempunyai Allah. Sesiapa yang berpegang kepada ajaran itu, mempunyai Allah Bapa dan Anak.

10Oleh itu, jika sesiapa datang dan memberitakan ajaran yang tidak diajarkan oleh Kristus, janganlah sambut dia ke dalam rumah puan dan anak-anak puan. Janganlah berkata kepadanya, “Salam sejahtera.”

11Hal ini demikian, kerana sesiapa yang memberikan salam kepada orang semacam itu, menjadi subahat dalam perbuatannya yang jahat.

Kata-Kata Penutup

12Banyak lagi yang hendak saya katakan, tetapi lebih baik tidak melalui surat. Saya berharap dapat melawat puan dan anak-anak puan, dan bercakap dengan puan sendiri, supaya kita benar-benar gembira.

13Anak-anak daripada saudara perempuan puan yang juga dipilih oleh Allah, mengirim salam kepada puan.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help