YEREMIA 23 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Harapan untuk Masa Depan

1Alangkah dahsyatnya hukuman TUHAN terhadap para penguasa yang membinasakan dan mencerai-beraikan umat-Nya!

2Inilah yang difirmankan TUHAN, Allah Israel, tentang para penguasa yang seharusnya menjaga umat-Nya, “Kamu tidak menjaga umat-Ku; sebaliknya kamu mencerai-beraikan dan mengusir mereka. Sekarang Aku akan menghukum kamu kerana kejahatan kamu.

3Aku akan mengumpulkan umat-Ku yang lain dari negeri-negeri tempat Aku mencerai-beraikan mereka. Aku akan membawa mereka kembali ke tanah air mereka. Mereka akan mempunyai banyak keturunan dan mereka akan bertambah banyak.

4Aku akan melantik penguasa untuk menjaga mereka. Umat-Ku tidak akan takut atau gentar lagi; Aku tidak akan menghukum mereka lagi. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

5TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku melantik seorang raja yang adil daripada keturunan Daud. Raja itu akan memerintah dengan bijaksana, dan melakukan apa yang adil dan benar di seluruh negeri.

6 TUHAN, kerana itu engkau akan dibuang-Nya.’

34Jika salah seorang umat-Ku atau seorang nabi atau seorang imam menyebut perkataan ‘beban TUHAN’, Aku akan menghukum dia dan keluarganya.

35Sebaliknya, setiap orang harus bertanya kepada kawannya dan kepada sanak saudaranya, ‘Apakah jawapan TUHAN? Apakah yang difirmankan TUHAN?’

36Mereka tidak boleh lagi menggunakan perkataan ‘beban TUHAN’. Jika ada orang yang masih menggunakan perkataan itu, Aku akan menjadikan perkhabaran-Ku benar-benar beban baginya. Orang sudah memutarbalikkan firman daripada Aku, Allah mereka, Allah yang hidup, TUHAN Yang Maha Kuasa.

37Hai Yeremia, tanyalah nabi-nabi itu, ‘Apakah jawapan TUHAN kepada kamu? Apakah yang difirmankan TUHAN?’

38Jika ada orang yang tidak taat kepada perintah-Ku itu, dan masih menggunakan perkataan ‘beban TUHAN’,

39Aku akan memungut mereka, lalu membuang mereka jauh-jauh, baik mereka mahupun kota yang telah Kuberikan kepada mereka dan nenek moyang mereka.

40Aku akan mempermalukan dan menghina mereka sampai selama-lamanya, dan kesudahan mereka tidak akan dilupakan orang.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help