1Ya Tuhan, Allah semesta alam, pandanglah kami dan kasihanilah kami. Buatlah semua bangsa takut kepada-Mu.
2Bertindaklah terhadap bangsa-bangsa asing, supaya mereka menyaksikan kekuasaan-Mu.
3Engkau telah menggunakan kami untuk menyatakan kesucian-Mu kepada mereka. Sudilah menggunakan mereka untuk menyatakan kebesaran-Mu kepada kami.
4Semoga mereka mengetahui apa yang kami ketahui, iaitu bahawa tidak ada Allah selain Engkau ya Tuhan.
5Berilah tanda-tanda dan lakukanlah keajaiban-keajaiban baru, dan tunjukkanlah kuasa-Mu yang mulia kepada kami.
6-8Semoga cepat datang saatnya apabila semua orang memuji perbuatan-Mu yang besar. Lampiaskanlah kemurkaan-Mu yang bernyala-nyala dan binasakanlah semua musuh. Musnahkanlah semua orang yang menindas umat-Mu.
9Hancurkanlah penguasa musuh yang menyangka bahawa mereka sendiri yang penting di dunia ini.
10Sudilah mengumpulkan suku-suku Israel dan kembalikanlah tanah pusaka kepada mereka seperti sediakala.
11Ya Tuhan, kasihanilah Israel, bangsa yang disebut menurut nama-Mu dan yang Kauperlakukan sebagai anak-Mu yang sulung.
12Kasihanilah Yerusalem, kota suci yang Kaupilih menjadi tempat kediaman-Mu.
13Penuhilah umat-Mu di Bukit Sion dengan keagungan-Mu dan dengan kisah-kisah tentang kebaikan-Mu.
14Berikanlah kesaksian kepada umat-Mu yang Kauciptakan sejak semula, dan penuhilah nubuat-nubuat yang telah diucapkan atas nama-Mu.
15Ganjarilah orang yang mengharapkan Engkau, dan tunjukkanlah bahawa nabi-nabi-Mu dapat dipercayai.
16Ya Tuhan, dengarlah doa hamba-hamba-Mu sesuai dengan berkat Harun atas umat-Mu.
17Maka semua orang di bumi akan mengakui bahawa Engkaulah Tuhan, Allah yang kekal.
Memilih Seorang Isteri18Setiap makanan dapat dicernakan oleh perut, tetapi makanan yang satu lebih baik daripada yang lain.
19Seperti lidah dapat membezakan rasa bermacam-macam jenis daging, begitu juga fikiran yang tajam dapat mengenali kata-kata dusta.
20Orang licik menimbulkan banyak kesusahan, tetapi orang yang berpengalaman dapat menangkisnya.
21Seorang wanita harus menerima siapa sahaja untuk menjadi suaminya, tetapi seorang lelaki harus memilih wanita yang paling baik.
22Kecantikan seorang wanita menggembirakan hati dan melebihi segala keinginan.
23Kalau kata-katanya ramah dan lemah lembut, suaminya lebih beruntung daripada orang lain.
24Kalau seorang lelaki berkahwin, dia mendapat sesuatu yang paling berharga: seorang penolong yang sesuai baginya dan yang dapat menunjang dia.
25Tanah milik yang tidak berpagar akan dirompak. Orang yang tidak beristeri mengembara sambil mengeluh.
26Siapa akan percaya kepada perompak yang tangkas, yang lari dari kota ke kota?
27Siapa pula akan percaya kepada seorang yang tidak mempunyai rumah dan menginap di mana sahaja dia kemalaman?
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.