MAZMUR 46 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Allah Menyertai Kita

1Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Dengan lagu Alamot.

2Allah perlindungan dan kekuatan kita;

Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.

3Oleh itu, kita tidak akan takut, walaupun bumi gempa

dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut;

4walaupun laut mengamuk dan bergelora,

dan gunung bergoncang dengan kuatnya.

5Ada sebatang sungai yang menggembirakan kota Allah,

tempat kediaman Allah Yang Maha Tinggi.

6Allah tinggal di situ, kota yang tidak akan dimusnahkan;

ketika masih subuh, Dia akan datang menolongnya.

7Bangsa-bangsa ketakutan, kerajaan-kerajaan gentar;

ketika Allah mengguntur, bumi pun lebur.

8TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita;

Allah Yakub melindungi kita.

9Mari, lihatlah apa yang telah dilakukan TUHAN.

Lihatlah, perbuatan Allah di bumi sangat menakjubkan.

10Dia menghentikan perang di seluruh dunia;

Dia mematahkan busur, memusnahkan lembing,

dan membakar perisai.

11Dia berfirman, “Berhentilah berperang,

ketahuilah bahawa Aku ini Allah,

yang agung antara bangsa-bangsa dan di seluruh bumi.”

12TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita;

Allah Yakub melindungi kita.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help