1Oleh sebab kebijaksanaannya, seseorang yang miskin dapat berasa bangga, dan dia akan mendapat tempat di kalangan orang besar.
Penampilan Orang2Jangan puji orang kerana mereka tampan dan jangan hina orang kerana mereka tidak rupawan.
3Lebah adalah binatang yang paling kecil antara binatang bersayap, tetapi madu yang dibuatnya adalah yang paling manis.
4Jangan banggakan pakaian yang bagus dan jangan jadi sombong apabila engkau dipuji. Hal itu demikian kerana pekerjaan Tuhan itu ajaib dan tersembunyi bagi manusia.
5Banyak raja akhirnya harus duduk di lantai, sedangkan orang yang sebelumnya tidak terkenal, dimahkotai.
6Banyak penguasa menjadi sangat terhina, dan banyak orang yang terhormat jatuh ke tangan orang asing.
Waspadalah7Jangan mencela sebelum menyelidik dan jangan menegur sebelum berfikir.
8Jangan menjawab sebelum mendengarkannya dan jangan menyampuk percakapan orang.
9Jangan bertengkar tentang perkara yang bukan urusanmu dan jangan terlibat dalam sengketa orang yang berdosa.
10Anakku, jangan sibukkan diri dengan terlalu banyak urusan. Kalau pekerjaanmu terlalu banyak, pasti engkau akan terseksa. Engkau tidak dapat menyelesaikannya, tetapi tidak dapat juga melepaskannya.
11Ada yang berjerih payah dan bekerja keras dengan memburu waktu, tetapi semakin berkekurangan.
12Ada juga yang lambat bekerja dan tidak mampu melakukan tugas, yang miskin dan perlu ditolong. Tetapi Tuhan berkenan kepada mereka dan mengangkat mereka daripada kesusahan.
13Tuhan meninggikan mereka sehingga semua orang kehairanan.
14Semuanya berasal daripada Tuhan: baik dan buruk, kemiskinan dan kekayaan, hidup dan mati.
17Orang yang bertakwa tetap menerima anugerah Tuhan. Kerelaan Tuhan membimbing mereka selama-lamanya.
18Ada orang yang menjadi kaya kerana bekerja keras dan berhemat. Tetapi apa ganjarannya?
19Dia berkata dalam hati, “Sekarang aku dapat berehat dan menikmati hasil jerih payahku.” Tetapi dia tidak tahu berapa lama lagi dia masih hidup sebelum dia mati dan harus meninggalkan hartanya bagi orang lain.
20Jalankanlah tugasmu dengan setia dan hendaklah engkau tetap melakukan pekerjaanmu sehingga engkau tua.
21Jangan cemburu dengan hasil pekerjaan orang yang berdosa. Lakukanlah tugasmu dengan setia dan percayalah kepada Tuhan. Hal itu demikian kerana Tuhan dengan mudah membuat orang miskin menjadi kaya dengan tiba-tiba.
22Orang yang bertakwa menerima berkat Allah sebagai ganjaran, dan dalam sekejap mata Tuhan dapat membuat berkat mereka berkembang.
23Jangan bertanya: Apa yang masih kuperlukan dan apa yang belum kumiliki?
24Jangan pula berfikir bahawa engkau sudah berkecukupan dan tidak akan ditimpa bencana pada kemudian hari.
25Pada waktu makmur orang lupa kesusahan mereka, dan pada waktu susah orang lupa kemakmuran mereka.
26Tentu mudah bagi Tuhan membalas manusia sesuai dengan perbuatan mereka pada hari terakhir mereka.
27Pada saat itu semua perbuatan mereka tersingkap, dan satu jam kesusahan membuat mereka lupa akan segala kemewahan.
28Jadi jangan anggap kehidupan seseorang itu berbahagia sebelum dia meninggal, kerana keperibadian manusia dikenali pada saat dia meninggal.Berhati-hatilah terhadap Orang Jahat
29Jangan jemput setiap orang ke rumahmu, oleh sebab seorang yang cerdik banyak tipu muslihatnya.
30Hati seorang yang bongkak seperti ayam hutan pemikat di dalam kurungan, atau seperti seorang pengintip yang menonton kejatuhanmu.
31Dia menunggu kesempatan untuk memutarbalikkan yang baik menjadi jahat, dan untuk mencela perbuatan yang baik.
32Sepercik bunga api dapat menyalakan arang, dan orang yang berdosa menunggu kesempatan untuk membunuh.
33Waspadalah terhadap orang jahat kerana mereka merancangkan yang buruk-buruk; jangan sampai mereka memburukkan namamu untuk selama-lamanya.
34Jika engkau menjamu orang asing di rumahmu, mereka akan mendatangkan masalah dan mengasingkan engkau daripada keluargamu.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.