1TUHAN berfirman,
“Dengarlah, hai hamba-Ku Israel,
hai umat pilihan-Ku, keturunan Yakub.
2Akulah TUHAN yang telah menciptakan kamu,
yang membentuk kamu semasa kamu dalam kandungan,
dan Aku akan menolong kamu.
Janganlah takut; kamu hamba-Ku,
umat pilihan-Ku yang Aku kasihi.
3Aku akan mencurahkan air pada tanah yang gersang,
dan mengalirkan anak-anak sungai di tempat yang kering.
Aku akan mencurahkan Roh-Ku pada anak-anak kamu,
Aku akan memberkati keturunan kamu.
4Mereka akan tumbuh subur seperti rumput di tempat yang berair,
seperti pokok gandarusa di tepi sungai yang mengalir.
5Seorang demi seorang akan berkata, ‘Aku milik TUHAN.’
Mereka akan bergabung dengan umat Israel.
Tiap-tiap orang akan menulis pada lengannya: Milik TUHAN,
serta menyebut dirinya sebagai anggota umat Allah.”
6 dengan memakan abu. Fikirannya disesatkan sehingga dia tidak dapat ditolong lagi. Dia tidak mahu mengaku bahawa berhala yang dipegangnya itu bukan tuhan.
TUHAN, Pencipta dan Penyelamat21TUHAN berfirman,
“Ingatlah, hai Israel;
ingatlah bahawa kamu hamba-Ku.
Aku menciptakan kamu untuk menjadi hamba-Ku;
Aku tidak akan melupakan kamu.
22Aku telah menghapus segala dosa kamu seperti awan dibawa angin.
Kembalilah kepada-Ku, kerana Akulah yang menyelamatkan kamu.”
23Bersoraklah dengan ria, hai langit!
Bersoraklah, hai tempat-tempat dalam di bumi!
Bersoraklah dengan ria, hai gunung-ganang,
dan hutan serta segala pokoknya!
TUHAN telah menunjukkan kebesaran-Nya
dengan menyelamatkan umat-Nya Israel.
24“Akulah TUHAN Penyelamat kamu;
Akulah yang menjadikan kamu.
Akulah TUHAN Pencipta segala sesuatu.
Aku sendiri yang membentangkan langit;
Aku menciptakan bumi tanpa bantuan.
25 1 Kor 1.20 Aku mempermainkan tukang tilik,
Aku menggagalkan ramalan ahli nujum.
Aku membantah pendapat orang bijak,
dan menyatakan bahawa kebijaksanaan mereka itu kebodohan.
26Tetapi apabila hamba-Ku bernubuat,
apabila Aku mengutus hamba-Ku untuk menyatakan rancangan-Ku,
Aku melaksanakan nubuat dan rancangan itu.
Aku berfirman bahawa Yerusalem akan didiami semula,
dan kota-kota Yehuda akan dibina semula.
Kota-kota itu akan bangkit daripada runtuhan.
27Demi perintah-Ku, laut menjadi kering.
28 2 Taw 36.23; Ezr 1.2 Aku berfirman kepada Kores, ‘Engkaulah yang akan memerintah bagi-Ku;
engkau akan bertindak menurut kehendak-Ku:
engkau akan memberikan perintah untuk membina Yerusalem semula,
dan untuk meletakkan asas Rumah-Ku.’ ”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.