SIRAKH 9 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Wanita

1Jangan cemburu kepada isterimu, kerana dengan demikian engkau mengajar dia berbuat jahat kepadamu. Bil 15.12-15

2Jangan serahkan dirimu kepada seorang wanita, nanti dia menguasai engkau.

3Jauhilah perempuan pelacur, supaya engkau jangan jatuh ke dalam perangkap mereka.

4Jangan bergaul dengan penari perempuan, nanti engkau terjerat oleh pujukan mereka.

5Jangan pandang seorang gadis dengan ghairah, nanti engkau kena hukuman kerana dia.

6Jangan serahkan dirimu kepada seorang perempuan pelacur, nanti engkau kehilangan segala milikmu.

7Jangan pandang keliling di jalan-jalan di kota, atau mengembara di bahagian kota yang sunyi.

8Jika engkau melihat seorang wanita cantik, palingkanlah pandanganmu. Jangan terpikat dengan kecantikan seorang wanita yang bukan isterimu, oleh sebab hal itu menyalakan hawa nafsu seperti api. Banyak orang sudah disesatkan oleh kecantikan wanita.

9Jangan duduk-duduk bersama isteri orang lain dan jangan berpesta dan minum-minum dengan dia kerana engkau akan terpikat padanya, lalu terbawa oleh hawa nafsumu sehingga engkau binasa.

Hubungan dengan Orang Lain

10Jangan tinggalkan sahabat lama, kerana engkau tidak akan menemukan orang lain seperti dia. Persahabatan sama dengan wain: makin lama makin menyenangkan.

11Jangan iri hati kalau seorang yang berdosa itu berjaya; engkau tidak tahu bencana apa akan menimpa dia.

12Jangan gemar akan hal-hal yang menjadi kesenangan orang jahat, oleh sebab mereka tidak akan terlepas daripada hukuman hingga mereka mati.

13Jauhilah orang yang mempunyai kuasa untuk membunuh engkau, maka engkau tidak akan diseksa oleh ketakutan akan kematian. Tetapi jika engkau harus mendekati mereka, jangan buat kesalahan supaya mereka tidak membunuh engkau. Ingatlah bahawa engkau sentiasa dalam bahaya dan merupakan sasaran yang mudah.

14Berusahalah sedapat-dapatnya untuk mengenal orang di sekitarmu, dan mintalah nasihat orang bijaksana.

15Berbincang-bincanglah dengan orang cerdas, dan perbincanganmu hendaknya tentang hukum Allah Yang Maha Tinggi.

16Hendaknya orang jujur menjadi kawan akrabmu, dan takut kepada Tuhan menjadi kebanggaanmu.

Para Penguasa

17Sesuatu barang dipuji kerana tangan orang yang membuatnya, dan seorang pemimpin rakyat yang bijaksana dipuji kerana perkataannya.

18Orang yang suka berbual dan banyak bercakap, ditakuti dan dibenci oleh orang sekota mereka.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help