1Ada tiga perkara yang sangat kusukai yang menyenangkan hati Allah mahupun manusia, iaitu:
saudara-saudara yang hidup rukun,
jiran yang bersahabat
dan pasangan suami isteri yang hidup mesra.
2Ada tiga jenis orang yang kubenci dan yang kelakuan mereka sangat menjijikkan aku, iaitu:
orang miskin yang bongkak,
orang kaya yang suka berdusta,
dan lelaki tua yang bodoh dan suka berzina.
3Apa yang tidak dipelajari pada masa muda tidak mungkin didapati pada masa tua.
4Pertimbangan yang tepat dan nasihat yang baik sesuai dengan orang tua yang beruban.
5Kebijaksanaan, pengertian, dan nasihat sesuai dengan orang terhormat yang lanjut usia.
6Mahkota orang tua-tua ialah pengalaman yang banyak, dan takut kepada Tuhan adalah kebanggaan mereka.
7Sembilan macam orang kuanggap bahagia, dan yang kesepuluh kupuji bahagia, iaitu:
seorang yang bergembira kerana anak-anaknya,
seorang yang dalam hidupnya sempat melihat kejatuhan musuhnya,
8seorang yang mempunyai isteri yang arif,
seorang yang tidak berdosa dengan mulutnya,
seorang yang tidak melayani majikan yang tidak wajar dihormati,
9seorang yang mendapat pengertian,
seorang yang didengarkan dengan penuh perhatian ketika dia bercakap.
10Betapa besarnya orang yang mendapat kebijaksanaan!
Tetapi yang paling besar daripada semuanya ialah orang yang takut kepada Tuhan.
11Orang seperti itu tidak ada taranya, kerana takut kepada Tuhan adalah hal yang paling tinggi di dunia.Perempuan Jahat
13Tidak ada luka yang lebih teruk daripada luka hati. Tidak ada kejahatan yang lebih berat daripada kejahatan seorang perempuan.
14Tidak ada penderitaan yang lebih berat daripada yang disebabkan oleh pembenci. Tidak ada dendam yang lebih dahsyat daripada dendam musuh.
15Tidak ada bisa yang lebih berbahaya daripada bisa ular, dan tidak ada kemarahan yang lebih berbahaya daripada kemarahan musuh.
16Lebih baik tinggal serumah dengan singa dan naga daripada tinggal dengan isteri yang jahat.
17Kejahatan seorang perempuan mengubah air mukanya dan menyuramkan wajahnya sehingga mirip beruang.
18Suaminya terpaksa pergi dan makan di rumah jiran, dan dia tentu berkeluh-kesah dengan pahitnya.
19Setiap kejahatan nampak kecil apabila dibandingkan dengan kejahatan seorang perempuan. Semoga dia dihukum seperti orang yang berdosa.
20Lelaki pendiam yang mempunyai isteri cerewet seperti seorang tua yang harus mendaki gunung pasir.
21Jangan ingini perempuan dan jangan terpikat dengan kecantikan mereka.
22Kalau seorang isteri menyara suaminya, pasti dia akan memarahi, menghina, dan memalukan suaminya.
23Seorang isteri yang jahat membuat suaminya murung, sakit hati, dan bermuka muram. Seorang isteri yang tidak membahagiakan suaminya menjadikan dia orang yang lemah dan tidak berdaya.
24Dosa bermula daripada seorang perempuan, dan kerana dia kita semua harus mati.
25Jangan biarkan seorang isteri yang jahat bercakap bebas, seperti air tangki juga tidak dibiarkan bocor.
26Kalau dia tidak mahu menurut perkataanmu, ceraikanlah dia.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.