MAZMUR 60 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Doa Minta Tolong

1Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Bunga Bakung Kesaksian. Mazmur Raja Daud,

2

4Engkau telah menggempakan bumi sehingga belah;

perbaikilah yang pecah kerana bumi goyah.

5Engkau telah menyebabkan umat-Mu mengalami penderitaan berat,

sehingga kami terhuyung-hayang seperti orang mabuk.

6Engkau telah memberikan amaran kepada orang yang menghormati Engkau,

supaya mereka terlepas daripada kebinasaan.

7Selamatkanlah kami dengan kuasa-Mu; kabulkanlah doa kami,

supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.

8Dari kediaman-Nya yang suci, Allah berfirman,

“Aku akan bersorak dan membahagi-bahagikan tanah Sikhem,

dan mengagihkan Lembah Sukot kepada umat-Ku.

9Gilead dan Manasye kepunyaan-Ku,

Efraim topi besi-Ku,

dan Yehuda tongkat pemerintahan-Ku.

10Tetapi Moab hanya tempat pembasuhan-Ku;

kepada Edom Aku lemparkan kasut-Ku,

sebagai tanda bahawa Edom milik-Ku.

Adakah orang Filistin berfikir bahawa

mereka akan bersorak kerana mengalahkan Aku?”

11Siapakah yang akan membawa aku ke dalam kota yang berkubu itu?

Siapakah yang akan membawa aku ke Edom?

12Ya Allah, adakah Engkau sudah menolak kami?

Tidakkah Engkau maju bersama-sama tentera kami?

13Tolonglah kami melawan musuh,

kerana pertolongan manusia tidak berguna.

14 Mzm 108.7-14 Bersama dengan Allah, kita akan berjaya;

Dialah yang akan mengalahkan musuh kita.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help