1Lalu Tobias menjawab bapanya begini, “Semua perintah ayah akan saya lakukan.
2Tapi bagaimana saya dapat mengambil wang itu daripada Gabael? Kami belum pernah bertemu. Bagaimana saya dapat membuktikan kepadanya siapa saya ini, sehingga dia percaya dan memberikan wang itu kepada saya? Lagi pula saya tak tahu jalan ke Media.”
3Jawab Tobit, “Aku dan Gabael telah bersama-sama menandatangani suatu surat pernyataan. Surat itu kubahagi dua, dan kami masing-masing menyimpan sebahagian. Bahagian Gabael kusimpan dalam kantung wang yang kuamanahkan itu. Peristiwa itu terjadi dua puluh tahun yang lalu. Sekarang pergilah mengambil wang itu daripada Gabael. Carilah dulu orang yang dapat dipercayai dan yang mahu menemani engkau ke Media. Upahnya akan kita bayar pada waktu engkau kembali.”
Tobias Bertemu dengan Rafael4Lalu pergilah Tobias mencari orang yang tahu akan jalan ke Media dan yang mahu menemaninya ke sana. Apabila dia baru sahaja keluar dari rumahnya, dia bertemu dengan Rafael, tetapi Tobias tidak tahu bahawa Rafael malaikat Allah.
17“Saya akan menemani dia,” kata Rafael. “Bapa tak perlu khuatir. Kami akan sampai di sana dan pulang dengan selamat, kerana jalan-jalannya aman.”
“Semoga Allah memberkati kamu,” sahut Tobit. Lalu dipanggilnya Tobias dan berkata kepadanya, “Nak, siapkanlah segala sesuatu yang kauperlukan untuk perjalanan kamu berdua. Semoga Allah Yang Maha Tinggi melindungi kamu berdua ke sana dan menghantar kamu pulang dengan sihat walafiat. Semoga malaikat Tuhan melindungi kamu dalam perjalananmu.”
Sebelum berangkat, Tobias memeluk ibu bapanya. Kata Tobit lagi, “Selamat jalan!”
18Tetapi ibunya mula menangis. Katanya kepada Tobit, “Mengapa anakku kausuruh pergi? Bukankah dia penopang kita pada hari tua? Siapa yang akan menjaga kita sekarang?
19Begitu pentingkah wang itu bagimu sehingga kaupertaruhkan nyawa anakmu sendiri untuk mendapat wang itu kembali?
20Tak cukupkah kita hidup dengan apa yang diberi oleh Tuhan kepada kita?”
21Jawab Tobit, “Tenanglah, dia akan sampai di sana dan kembali dengan selamat. Engkau akan melihat dia pulang dengan sihat walafiat.
22Jangan khuatir, kerana malaikat baik menyertai Tobias. Perjalanannya akan berhasil dan dia akan pulang dengan selamat.”
23Apabila mendengar itu, Anna berhenti menangis.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.