MAZMUR 54 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Doa Minta Perlindungan

1Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud,

21 Sam 23.19, 26.1 pada masa orang Zif pergi kepada Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud bersembunyi di kawasan mereka.

3Selamatkanlah aku dengan kuasa-Mu, ya Allah;

bebaskanlah aku dengan kekuatan-Mu.

4Dengarlah doaku, ya Allah;

endahkanlah kata-kataku.

5Orang sombong datang menyerang aku,

orang zalim ingin membunuh aku,

mereka tidak menghiraukan Allah.

6Tetapi Allah ialah penolongku,

Tuhan ialah pembelaku.

7Biar Allah menghukum musuhku dengan kejahatan mereka.

Ya Allah, binasakanlah mereka kerana Engkau setia kepadaku.

8Ya TUHAN, aku rela mempersembahkan korban kepada-Mu;

aku mengucap syukur kepada Engkau kerana kebaikan-Mu.

9Engkau telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan,

dan aku telah melihat musuhku dikalahkan.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help