1Anakku, jika engkau mahu mengabdi kepada Tuhan, engkau harus bersiap sedia untuk menghadapi pengujian.
2Tabahkanlah dan teguhkanlah hatimu; jangan gelisah apabila menemui kesukaran.
3Hendaklah engkau tetap setia kepada Tuhan dan jangan berpaling daripada-Nya, supaya engkau bahagia pada akhir hidupmu.
4Terimalah apa sahaja yang menimpa dirimu, dan hendaklah engkau sabar, sekalipun engkau dihina,
5oleh sebab emas diuji dalam api, dan orang yang dikasihi Tuhan diuji dalam api penghinaan. Keb 3.5-6; 1 Ptr 1.7
6Percayalah kepada Tuhan, maka Dia akan menolong engkau. Luruskanlah jalan hidupmu dan berharaplah kepada-Nya.
7Kamu yang takut kepada Tuhan, nantikanlah belas kasihan-Nya. Janganlah berpaling daripada-Nya supaya kamu tidak jatuh.
8Kamu yang takut kepada Tuhan, percayalah kepada-Nya. Pasti kamu mendapat ganjaran.
9Kamu yang takut kepada Tuhan, harapkanlah kesejahteraan, belas kasihan, dan sukacita yang kekal.
10Ingatlah akan generasi yang terdahulu dan perhatikanlah hal ini: adakah Tuhan pernah mengecewakan orang yang berharap kepada-Nya? Pernahkah Tuhan meninggalkan orang yang tetap menghormati-Nya? Pernahkah Tuhan mengabaikan orang yang berdoa kepada-Nya?
11Tuhan penyayang dan berbelas kasihan; Dia mengampunkan dosa dan menyelamatkan kita pada waktu kesukaran.
12Tetapi malanglah orang yang ragu-ragu dan lemah. Malanglah orang yang berdosa dan yang tidak jujur.
13Malanglah orang yang tawar hati kerana tidak percaya, kerana mereka tidak akan mendapat perlindungan.
14Malanglah kamu kalau tidak tabah. Apakah yang akan kamu lakukan pada waktu Tuhan datang menguji kamu?
15Orang yang takut kepada Tuhan tidak melanggar perintah-Nya, dan yang mencintai Tuhan hidup menurut kehendak Tuhan.
16Orang yang takut kepada Tuhan berusaha untuk menyenangkan hati-Nya, dan yang mencintai-Nya, diresapi oleh Taurat. Keb 6.18; Yoh 14.15,21,23
17Orang yang takut kepada Tuhan selalu bersiap sedia untuk mengabdi kepada-Nya. Mereka merendahkan diri di hadapan-Nya dan berkata,
18“Kami serahkan nasib kami ke dalam tangan Tuhan, dan bukan ke dalam tangan manusia, oleh sebab belas kasihan Tuhan sama besarnya dengan kemuliaan-Nya.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.